
Aku insist untuk ada microwave dari awal puasa lagi. Tapi tak sempat nak beli. Bab beli barang-barang eletrik ni, kena tanya si Nuar. Dia kan boss. Karang, aku beli karang. Tak elok lah. Tak power effisyen la. Tak berbaloi-baloi lah.
Kelmarin, terkohek-kohek aku sorang memanaskan lauk. Masa sangat suntuk. Antara aku meninggalkan Iqbal seorang kat atas dengan masa habis makan ada lebih kurang dalam 20 minit. Takkan nak spend the first 7 minutes memanaskan makanan. Tercekik-cekik la gua makan karang.
Jadi, aku demand, sahur pagi ni, dah ada microwave. Alhamdulillah. Nuar memahami kepedihan (huh?) aku. Semalam, dengan mengorbankan masa tidurnya. Dia pergi ke Sunway Pyramid dan usha microwave di Harv**_Norm*an. Aku adalah pembeli yang tak berapa kisah sangat. But Nuar adalah pembeli yang sangat kisah. Kerana itulah aku malas nak pergi shopping dengan dia. Tapi bagus juga, dia selalu check dulu barang yang aku pilih, mana tau ada manufacturing defect.
Panjang cerita macam mana end up dengan microwave yang satu ni. Yang penting, ianya ada 15% discount sebab ianya adalah display unit. Ada function untuk bake dan grill. Aku tak kisah beli display unit, kecuali tv. Barang-barang eletrik lain adalah ok. Malah, mesin basuh mama pun adalah display unit, dapat RM500 off, occay. Berbaloi-baloi.
Yang penting, pagi tadi Nuar kejutkan aku lewat, tapi aku tak marah. Sebab dah ada mnicrowave. Memanaskan makanan hanya dihujung jari sahaja. :P






