Gajet baru untuk dapur

  • 12


Aku insist untuk ada microwave dari awal puasa lagi. Tapi tak sempat nak beli. Bab beli barang-barang eletrik ni, kena tanya si Nuar. Dia kan boss. Karang, aku beli karang. Tak elok lah. Tak power effisyen la. Tak berbaloi-baloi lah.

Kelmarin, terkohek-kohek aku sorang memanaskan lauk. Masa sangat suntuk. Antara aku meninggalkan Iqbal seorang kat atas dengan masa habis makan ada lebih kurang dalam 20 minit. Takkan nak spend the first 7 minutes memanaskan makanan. Tercekik-cekik la gua makan karang.

Jadi, aku demand, sahur pagi ni, dah ada microwave. Alhamdulillah. Nuar memahami kepedihan (huh?) aku. Semalam, dengan mengorbankan masa tidurnya. Dia pergi ke Sunway Pyramid dan usha microwave di Harv**_Norm*an. Aku adalah pembeli yang tak berapa kisah sangat. But Nuar adalah pembeli yang sangat kisah. Kerana itulah aku malas nak pergi shopping dengan dia. Tapi bagus juga, dia selalu check dulu barang yang aku pilih, mana tau ada manufacturing defect.

Panjang cerita macam mana end up dengan microwave yang satu ni. Yang penting, ianya ada 15% discount sebab ianya adalah display unit. Ada function untuk bake dan grill. Aku tak kisah beli display unit, kecuali tv. Barang-barang eletrik lain adalah ok. Malah, mesin basuh mama pun adalah display unit, dapat RM500 off, occay. Berbaloi-baloi.

Yang penting, pagi tadi Nuar kejutkan aku lewat, tapi aku tak marah. Sebab dah ada mnicrowave. Memanaskan makanan hanya dihujung jari sahaja. :P

12 comments:

Nida Shaari said...

saya nak juga microwave tapi nak tunggu orang bagi hadiah lah.

hik hik hik

cik puan daun said...

kalau orang bagi hadiah mmg mantap... :)

Amyz! said...

wah bestnya dah ada microwave~

saya mesti mau!!

Pnut said...

wahhh daun sekarang bukan daun yang dahulu..daun sekarang sudah ada microwave.. tahniah...memanaskan lauk dihujung jari sajork...

Tok Rimau said...

Top 5 kitchen items (must buy):
1. Washing Machine
2. Fridge
3. Rice Cooker
4. Microwave Oven
5. Kettle + Thermos Combo

Aiyaaa camna aku boleh sesat kat bicara makcik2 ni.

Anonymous said...

Nak microwave jugak lah

Anonymous said...

huh?

zero cavity?

ko beli microwave ke ubat gigi nih cik kiah?

~Po

Neo said...

haha..tu nasib baik takde remote.. lagipun nak kena masukkan jugak makanan dalam tu.. kalu semua buat pakai remote bertambah-tambah DI HUJUNG JARI nyer...kekekeke - shuk

Korakora said...

saya juga mahu microwave.. tapi budget tak lepas kerana taste saya tinggi mahu yang convention boleh bakar kek.. oleh kerana budget ciput dan taste saya yang tinggi, saya memendam rasa lagi memiliki micromave tahun ni. Dan pagi2 harus bangun panaskan lauk dalam periuk. Mungkin tahun depan baru saya boleh memanaskan makanan hanya di hujung jari!
Huda

zonaku said...

hehehhee.....nak gak..

tasekM said...

aku dah lama idam tapi blom dapat lagik nih....

rudy bluehikari said...

cop cop! Aku tengah mengusha jugak untuk suri nu ha... tp aku tengah kompius dengan cakap2 org..microwave penyumbang kanser... terus ingat nak belikan oven jer...bleh bakar2 ayam jugak..anyone can give advice?

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers