Pindah

  • 4
Cik Puan Daun nak berpindah taman. Sibuk bungkus barang-barang.

Permulaan sebuah perjalanan

  • 23
Hampir seminggu jadi isteri kepada Nuar, Inai jari sudah tak berapa merah. Ye lah. Kenduri kampung. Banyak periuk belanga yang nak di basuh selepas kenduri. Masa proses main-main air tu. Inai pon cepat la luntur. Okay, aku cuma basuh pinggan-pinggan dan peruik kecil aje. Nuar yang dok menyental periuk. Siapa punya idea la yang pinjamkan periuk baru kat kitorang. Dan banyak kesan hangus pulak tu. Kesian laki aku. Jadi kepada sesiapa di luar sana, siap sedia jika berkahwin dengan perempuan jawa, lepas kenduri kena basuh periuk belanga. ;)

Masih dalam keadaan pelik dan tak percaya. Diri aku dah jadi isteri orang. Macam senang aje. The whole 30 minutes is like 30 second. Sekali lafaz aku dah jadi milik Nuar. Pada aku, jika dapat restu dari Mama & Ayah, Ummi dan Walid, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Perasaanya pun berbeza. Cara aku pandang Nuar dahulu dan sekarang. Dulu aku masih lagi pandang tak pandang. But now, Nuar adalah jalan aku ke syurga. Aku harap Nuar pimpin aku supaya sama-sama dapat capai redha Ilahi. Jadi memandang Nuar dengan kasih sayang juga dapat pahala. InsyaAllah.

Sebagai seorang yang emongek, aku sangat cepat menangis. Terima kasih semua YB (Yang Berkerja) di majlis ni. Haya Tuhan dapat membalas jasa YB untuk sepanjang majlis pernikahan dan perkahwinan aku. Ika, Nida, Sal terima kasih banyak-banyak. Aku tau korang penat. Ika dengan sakit belakang. Nida, dengan hati yang tulus ikhlas, Sal sampai migrain. Korang adalah kawan terbaik yang boleh seseorang tu dapat. Kak Nita, Along dan adik beradik aku. Korang yang terbaik. Mama dan ayah yang pening-pening bersekang mata untuk mejayakan majlis separa jawa. Yang aku tak mention disini. You know who u are. I really appreciate your contribution towards this 2 days reception.

All my BFF, aku masih lagi cikdaun/syura yang dulu. Status aje berbeza. Tetap rela mendengar gossip atau luahan rasa korang. Sayang korang!! Sang Suami benarkan aku sekali sekala ber GNO dengan korang. Tunggu yach!

Harini Nuar tak ada. Semalam baru hantar ke Stesen Pekeliling untuk balik ke Kuantan, uruskan majlis di sana pula. Rasa pelik. Masih nak biasa-biasakan diri. Banyak bende nak belajar dan adjust.

Ramai yang gelak-gelak bila baca quote aku di kad jemputan tu. Tapi benar. Nuar bagi aku adalah
"Teman untuk jiwa tika melalui jalan hidup yang indah dan saat hidup yang gundah"

Cik Puan Daun

  • 13
Lagi poster di http://blog.zulkhas.com

Terlalu banyak yang hendak di tulis.
Inside skoop di Ika (pengapit kepada pengapit)
Pengapit yang setia (terlalu besar jasa tak terbalas rasanya)- Si Manis Madu yang belum terusik
Pengapit kepada semua pengapit a.k.a Jurufoto bersiar-layar - Sal ( nanti kita jumpa dan ber emosi sama-sama)

Owh! Aku penuh dengan emosi. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Akan menulis tribute untuk majlis ini.

Wedding invitation: Nu_rul As_yu_ra dan An_uar Oth_ma_n : 15 June 2008 - Ban_ting

  • 31
Aku sudah gila. Tak semua kengkawan aku dah jemput. Aku berdoa kawan-kawan aku berfikiran terbuka sanggup menerima jemputan by email. Save the tree!! Sedangkan hakikatnya aku ni sangat hampeh!

Jadi, sesapa yang nak kad secara live. Sila hantar alamat surat menyurat ke : nurulasyura[at]gmail[dot]com. Ini sampai akhir minggu ni aje.

Atau lebih baik, bagi alamat email supaya aku leh hantar invitation by email.

Aku sayang korang.

Kos kos kos

  • 3
Minyak naik.

Kos kenduri kawin aku pon sama.

Dilema seorang bakal pengantin: Ini adalah untuk berkenal-kenal..

  • 1
"Acik bukannya apa, cuma nak minta. 2 3 minggu sebelum nikah tu. Syuro dan Anuar, tunangnya tu. Bawak la jumpa Acik. Untuk berkenal-kenal"

"Baik Acik" Aku senyum-senyum.

Lagi seminggu nak menikah. Weekend ni adalah weekend terakhir aku bergelar bujang. Memandangkan ayah aku terlalu deredek untuk menikahkan kami, maka diwakilkan dengan Wak Jurunikah.

Banyak kali weekend Nuar tak available. Ini aje lah. This weekend or never.

Aku telefon nombor Wak Jurunikah. Tak berangkat. Takkan la salah nombor pula. Aku sendiri miscall no tu depan ayah dan Wak Jurunikah tu sendiri.

Kepala otak cirrupt ni mula berfikir kemungkinan-kemungkinan yang berlaku pada telefon Wak Jurunikah aku.

Akhir sekali aku sms. Bukan dalam list perkara kegemaran aku sekarang. Penat siot. Tapi nak kawin punya pasal.

" Assalamualaikum, Saya (nama) , call tadi untuk set temujanji dengan wak (nama) dan tunang saya sebelum nikah pada 14 jun nanti. Sabtu ni wak free tak? "

Dengan lafaz bismillah. Sms di hantar.

Wohhh. Terus dapat call. Wak jurunikah tanya aku ni siapa. Dan secara drastik minta aku datang malam tu juga. Gabra juga pankreas aku. Tak ready apa lagi ni. (Nak ready apa nye??)

Untuk damage control, aku set untuk esok malam.

"Malam esok malam jumaat. Memang dah ada rutinnya. Tapi berkenal-kenalan ini juga adalah ibadah. Jadi Acik jumpa Syuro esok ye?"

"Baik Acik.."

Bila bagitau Nuar, ada sedikit gabra juga. Tapi ada masa sikit untuk study ( Nak study apa nyee??)

Lepas episod gabra-gabra. Masuk pula satu sms.

"Minta Maaf As_yura, malam esok Acik nikahkan pengantin, datang hari sabtu petang aje ye sy_ura..!"

"Baik, saya dan tunang jumpa petang sabtu. Terima Kasih Acik"

"Sama-sama As_yura"

Minggu terakhir aku bergelar jomblo. Minggu depan adalah turning point dalam hidup aku. Doakan aku yach?

Wohoooo!!!

Tak sampai seminggu aje lagi pun untuk entri-entri bertajuk Dilema seorang bakal pengantin akan menamatkan sirinya. Jadi, just bare with me and my pathetic entries.

One old wise man called me just now. Gave me a very nice piece of advice. Wont share it until later. Hahahaha.

Sekarang rasa macam nak menari gaya tarian kemenangan jatuhan 10 pin. Sambil menyanyi.

"Nak kawinnn!!! Dah nak kawin!!! Yeah yeah!!!"

Dilema seorang bakal pengantin: Misi mencari baju nikah disaat akhir

  • 2
1. Pergi ke satu kedai menjual baju.

2. Ambil baju yang paling putih di rak.

3. Cuba di fitting room.

4. Bayar. Lebih baik lagi jika ada diskaun.

5. Krisis selesai!!

Dilema seorang bakal pengantin: Krisis baju

  • 4
Bila semua sudah di rancang dengan baik. Dan tiba-tiba tak menjadi seperti yang di rancang.

Poket dah nipis. Masa dah suntuk. Kurang dari dua minggu ke hari pernikahan.




Baju nikah aku tak lawa!!!




Walau macam mana aku psych diri aku untuk terima baju itu seadanya.
Walau macam mana orang lain kata "Itu semua diminda kau sahaja"
Walau orang tua aku kata "Ok la tu.. tak cantik apa nye?"

Baju nikah yang tak cantik. Tetap baju nikah yang tak cantik.

Sekarang aku dalam mode +damage_ctrl

Bila tak dapat..

  • 1
Bila tak dapat apa yang kita inginkin..

sigh!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers