Permulaan sebuah perjalanan

  • 23
Hampir seminggu jadi isteri kepada Nuar, Inai jari sudah tak berapa merah. Ye lah. Kenduri kampung. Banyak periuk belanga yang nak di basuh selepas kenduri. Masa proses main-main air tu. Inai pon cepat la luntur. Okay, aku cuma basuh pinggan-pinggan dan peruik kecil aje. Nuar yang dok menyental periuk. Siapa punya idea la yang pinjamkan periuk baru kat kitorang. Dan banyak kesan hangus pulak tu. Kesian laki aku. Jadi kepada sesiapa di luar sana, siap sedia jika berkahwin dengan perempuan jawa, lepas kenduri kena basuh periuk belanga. ;)

Masih dalam keadaan pelik dan tak percaya. Diri aku dah jadi isteri orang. Macam senang aje. The whole 30 minutes is like 30 second. Sekali lafaz aku dah jadi milik Nuar. Pada aku, jika dapat restu dari Mama & Ayah, Ummi dan Walid, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Perasaanya pun berbeza. Cara aku pandang Nuar dahulu dan sekarang. Dulu aku masih lagi pandang tak pandang. But now, Nuar adalah jalan aku ke syurga. Aku harap Nuar pimpin aku supaya sama-sama dapat capai redha Ilahi. Jadi memandang Nuar dengan kasih sayang juga dapat pahala. InsyaAllah.

Sebagai seorang yang emongek, aku sangat cepat menangis. Terima kasih semua YB (Yang Berkerja) di majlis ni. Haya Tuhan dapat membalas jasa YB untuk sepanjang majlis pernikahan dan perkahwinan aku. Ika, Nida, Sal terima kasih banyak-banyak. Aku tau korang penat. Ika dengan sakit belakang. Nida, dengan hati yang tulus ikhlas, Sal sampai migrain. Korang adalah kawan terbaik yang boleh seseorang tu dapat. Kak Nita, Along dan adik beradik aku. Korang yang terbaik. Mama dan ayah yang pening-pening bersekang mata untuk mejayakan majlis separa jawa. Yang aku tak mention disini. You know who u are. I really appreciate your contribution towards this 2 days reception.

All my BFF, aku masih lagi cikdaun/syura yang dulu. Status aje berbeza. Tetap rela mendengar gossip atau luahan rasa korang. Sayang korang!! Sang Suami benarkan aku sekali sekala ber GNO dengan korang. Tunggu yach!

Harini Nuar tak ada. Semalam baru hantar ke Stesen Pekeliling untuk balik ke Kuantan, uruskan majlis di sana pula. Rasa pelik. Masih nak biasa-biasakan diri. Banyak bende nak belajar dan adjust.

Ramai yang gelak-gelak bila baca quote aku di kad jemputan tu. Tapi benar. Nuar bagi aku adalah
"Teman untuk jiwa tika melalui jalan hidup yang indah dan saat hidup yang gundah"

23 comments:

fareesha79 said...

Pengantin sekarang ramai tak basuh periuk belanga. Semua dah siap, gara2 catering. Tradisi kampung dah byk dilupakan.

tasekM said...

seminggu tu mmg sgt muda daun, mmg rasa mcm tak percaya. malah dah dekat sebulan nnti pun kau mungkin rasa begitu.

dgn rasa kekok tambah2 bila bersama keluarga mertua. takut2 apa yang kita buat mereka suka. takut mereka tak berapa boleh terima diri kita seadanya. mcm2 yang kita fikirkan.

tak mengapa. masa akan mengubah segalanya. yang janggal itu akan menjadi biasa juga. tambah2 esok bila dah ada org baru.

selamat melayari alam rumahtangga..

Angah said...

Nuar kat Kuantan area mana?

sinaganaga said...

Aaaa... jadi ke Nuar nak gorengkan mi hoon tu?

cik puan daun said...

huda: a'ah.. catering senang sket beb.. tak payah nak susah2..

tasik: perjalanan aku baru bermula.. doakan yach?

angah: kat taman LKNP kalau tak salah..

naga: nuar lom bagi kata putus lagi.. tapi mcm positif.. :P

roserose*MrsYusof* said...

Seronok ehh jadi isteri?
(sambil blur2 lagi..heheheh)

KodeeXII said...

salam

puan cikdaun ker cik puan daun? hahahaha...

Lily Abdullah said...

Selamat Pengantin Baru untuk cik puan & suami halal(pinjam istilah Taf Teh)

Maaf - Kak Lily kepingin memeriahkan majlismu. Tapi sayang hari itu ada class pulak.

Aiseh!

Moga tanganmu dipimpin ke syurga abadi :)

azie said...

that quote is one of the nicest i ever heard.

congratulations sis:)

Nazri said...

tahniah

ayobkelubi said...

puan syura!..tahniah,tahniah

maaf aku tak dapat hadir kerana menghadiri majlis kamu kerana kena pergi majlis yang sama juga.

aku doakan kalian bahagia sampai menutup mata.

ok,ok.soalan tipikal melayu.takkan nak berdua aje kot?. hahahaha

AL-BIMA SAKTI said...

salam cik daun;
selamat pengantin baru. semoga kau jadi daun yg sentiasa meneduh dan mendinginkan suamimu.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

tahniah!! Untuk Kak Cik Puan Daun dan pasangan Incik Nuar>
Zurie mohon maaf tak dpt hadirkan diri. Apapun kudoakan kebahagiaan kalian berdua.
SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!

Anonymous said...

alhamdulillah, syura selamat diijabkabul sebagai isteri sah nuar...

tahniah kepada kedua mempelai...permulaan bagi sebuah perjalanan baru kini bermula...

am happy, so happy for you sis!

Layla Haq said...

Tahniah Puan Daun aka Syura dan Encik Nuar.

Semoga doa saya sampai ketika kamu diijabkabulkan itu hari.

Selamat menjalani kehidupan. Semoga syurga yang diimpikan dapat dicapai....

June said...

Eerrr, gua.... eerr...

Lu semakin romantik la daun.

fajar said...

dear cikdaun+nuar,

tahniah tahniah!

didoakan agar kebahagiaan akan terus menjadi milik kalian. bersama terus mencipta keindahan. dari dunia, hingga ke syurga. Insya Allah.

:)

Tokyo BLUE said...

nak kwin lah

Anonymous said...

moga-moga kau tulus.

Lan Rambai said...

kalau ada masalah, ko dan nuar boleh tanya dengan aku yang dah tua ni hahaha

Voice said...

countdown gambar kumbang ladybird kat atas sekali blog ni dah mula countdown ke ulangtahun kawin-kawin yg pertama lak ;)

congrats again, and wish you both an infinity of love and happiness InsyaAllah :)

Anonymous said...

Congrats!! Ni bila nak dapat baby ni.. ;-)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers