Sakit

  • 1
Macam ada baton pula sakit ni. Iqbal baik, mak dia pulak. Nuar masih dlm proses recovery.

Demam aku tinggi. Kat rumah aku sukat guna termo telinga, 39.5 tau. Kalau aku baya iqbal dah boleh kena sawan ok!!! Kat klinik guna strip dahi, 38.9.

Rupa-rupanya dah bernanah tekak gua. Sbb tu tinggi gila. Dapat MC dua hari. But if i fell better today, i plan to go to warta. To do some raya shopping.

Ok, nak mandi. Hantar iqbal ke nurseri pun dlm pukul 10. Dua-dua pakat tido. Bagus Iqbal. :D.

Iqbal Wafiq.. my oh my..

  • 4
Iqbal demam + batuk + hingus.

Selama ni doktor tu kata, paru-parunya bagus. Tapi kali ini doktor cakap, paru-parunya tak berapa bagus. Siap kena nebulizer yang sangat menyiksakan untuk dilalui oleh both Iqbal, aku dan Nuar.

Iqbal juga mengalami kurang selera makan. Bagi budak yang datang kepada kita bila kita makan dan buka mulut suruh suap. Ini adalah sangat disturbing. Sekarang semua makan dia geleng kepala. Bila masukkan dalam mulut dia luah semula.

Iqbal juga tidak selera nenen. Owh! itu adalah tamparan hebat buat aku. Dah tak ada senjata rahsia dah. Selalunya Iqbal find comfort guna nenen. Sekanag tidak lagi. Dia cuma nak baring kat dengan aku dan dekat-dekat nenen sahaja. :(

Makan ubat juga jadi seperti peperangan. Lebih kepada seksaan buat Iqbal sebab aku terpaksa pegang kaki tangan kepala dan muncungkan mulut. Damn! Yang paling seksa dengar dia menangis-nangis dan meraung-raung. Yang paling tak best setiap malam untuk 5 hari, kena bagi 4 jenis ubat. Dengki betul doktor tu pada aku.

Harap anak saya cepat baik. Dapat semua seleranya. Tak best sungguh kena makan ubat. Yukss!

Tentang nafsu material

  • 9
Bersempena bulan puasa ini, entri pun ala-ala aje. Malas gila nak update blog. Lagipun baru ada internet dirumah. Terima Kasih TM. Tahan la telinga dengar makis-makis suami saya sampai proses perpindahan line telefon dan internet berjalan mengikut KPI TM. Kalau tak ada makis-makis itu, mungkin ambil masa 5 bulan.

Yang aku tak suka, kalau tak makan, mula la nafsu tu menuju kearah lain. Mula la gatal nakkan duniawi berbentuk materi. Apa yang kita nak tak semestinya dapat kan? Tapi aku nak list-kan jua. Just for the sake of venting it out. Tanpa mengikut priority:

1. Oven
2. Ukulele
3. Rumah sendiri
4. Swimming pool
5. Nintendo Wii
6. Aksesori wanita ( gelang ke, rantai ke, asalkan baru. :p)
7. Home deco
8. Food processor
9. Mixer yang best (KitchenAid kaler merah)
10. Kereta baru
11. Unifi yang paling laju

Kadang-kadang bende-bende materi ni, mmg totally nafsu dan tak nampak fungsi lah. Tapi kenapa kita fikirkan juga kan? Kalau tak ada pun hidup diteruskan jua. :P

Kerana pulut..

  • 7
Intimidated dengan menu berbuka orang lain. Semalam aku ngan nuar cuma berbuka dengan pulut dan rendang ayam sahaja. Kurma dan air tu biasa lah. Tapi tiada menu sampai 4 5 macam orang lain. Saya salute dan malu dengan diri sendiri. Ahahaha.

Iqbal pun makan pulut juga. Rendang daging tak buat pedas supaya Iqbal boleh rasa sekali. Fer, macam saspen juga sebab orang kata kalau mkn pulut boleh membawa ke perut kembung. But aku tengok Iqbal nampaknya kalis pulut. Seperti perut Abahnya juga.

Aku orang jawa. Biasanya makan pulut kuning yang mama buat masa bancaan aje. Pulut putih pun biasanya dah dibentuk dan golek atas kelapa pedas tu, masa kat asrama. Jadi bila keluarga mertua aku makan pulut aku rasa macam amused juga lah.

Nuar siap boleh pilih pulut against nasi. Dan pulut tu tanak dalam periuk nasi lagi. Gua pernah buat masa belajar dulu. Sebab desperation takder pengukus. Itu pun pulut kuning. Tapi rupa-rupanya masak pulut dalam periuk nasi adalah common untuk keluarga mertua aku.

Kakak ipar gua masak pulut dalam periuk nasi Supor dia. Mak mertua ada separate periuk nasi untuk masa pulut sahaja. Sebab in the same time kena ada nasi khas sebab Ummi diabetic.

Jadi, aku saje pitch the idea pada Nuar, kita beli lah periuk nasi yang biasa-biasa khas untuk masak pulut. Fer, gua tak payah nak oversell the idea. Nuar terus setuju. Waahhh.. sebab dia suka la tuh. Jadi, gua ada satu lagi periuk nasi biasa-biasa (yang tak boleh bakar kek dalam tu) untuk buat pulut. Cap Nuodi.

Waahh. Nampaknya Iqbal dibesarkan dengan pulut. We are a hybrid jawa kuantan family. Muahahahaha.

Pindah : Dah selamat.. kemas aje belum selamat

  • 2
Bersiaran daripada tmpoint puchong. Daripada pukul 9.30 tadi hingga sekarang, giliran belum tiba lagi. Nombor sekarang 2035 dan nombor ditangan 2042. Tapi bagus juga. Tak dapat bersiaran dari rumah sebab takde internet. Ini adalah urusan untuk

Mulai esok, kena la pergi ke site or office. Dah la bulan puasa. Rasa awkward pula bila lepak di McDonalds Seri Kembangan kan?

Rumah masih lagi dalam proses mengemas. Bilik tidur dah settle. Bilik tetamu dah settle. Ruang tamu dah separuh. Dapur dah separuh but I love the utility room tu. Seperti yang aku gambarkan. Untuk rumah sewa lah. Ahahaha. Kalau rumah sendiri mesti lah lagi bagus kan Sayang kan? :P

Ok, lapar. Tak sarapan lagi dari pagi. Dan Iqbal pula meragam rasa nak cubit-cubit. Apa tah kaitannya. Saje nak sebut tentang Iqbal.

Pindah : Kemas pun tak lagi

  • 2
Kalau tengok sekilas, mesti orang tak jangka yang kami ni nak pindah. Sebab rumah satu hapa pun tak kemas.

Tapi aku yakin. Ahad ni kitorang dah bermalam di rumah baru.

Pindah

  • 6
Kami akan berpindah lebih cepat daripada tarikh evacuation daripada Tuan Rumah. Terima kasih kepas Nuar sebab tiba-tiba ada kurang seminggu untuk bersiap-siap.

Nak tak nak terpaksa siapkan juga lah. We'll be moving this weekend.

Deng!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers