Diari Bakal Ibu: Status masak

  • 2
Ya ampun... gue penat tapi gembira. Tahap kesihatan bertambah baik. Masak masih so-so aje. Paling kuat aku masak adalah mihun goreng tanpa bawang. Dan kari sadin tanpa bawang. Itu pon menumis dengan pintu dapur terbuka dan kipas dapur on.

Yang boleh dimasak ada carrot cake. Semangat baking aku sudah kembali. Tapi sebab malas nak keluarkan oven butterfly hitam gua, gua cari resepi kukus-kukus sahaja.

Ye la kan. Pengukus tu bukan untuk kukus jagung dan creme caramel aje. :P

Diari Bakal Ibu: Terima tetamu

  • 3
Ada bakal pengantin dan kengkawan datang kerumah aku yang tak siap-siap tu kelmarin.

Bertuah kerana hari Selasa tu adalah hari pasar malam aku. Aku beli satay, mangga dan jagung. Jagung yang dijual di pasar malam aku adalah sangat superb. Manis dan murah. Tiga tongkol RM2.50.

Sudah lama tak berduduk-duduk makan dan bergossip ria dengan rakan-rakan. Sangat enjoice. Terima kasih En. Suami kerana benarkan aku terima tetamu perempuan aku. Siap buatkan air milo panas untuk hidangan di malam berhujan itu.

Kitorang semua makan di lantai aje. Jadi aku dok duduk bangun duduk bangun dari lantai. Masa tu tak rasa la. Esoknya baru rasa pinggang nak tercabut dan pinggul nak retak. Mungkin dah sampai masa untuk ada meja makan. Kan sayang kan?

Besar-besar sahaja

  • 8
Dalam perjalanan ke ofis pagi ni, aku dengar satu lagu baru. Penyanyinya bernada indonesia. Suara sedap, suara studio mmg la sedap, cuba dengar nyanyi live. Hancor. Owh! bukan itu yang aku mahu perkatakan disini.

Liriknya yang meninggalkan aku dengan perasaan yang pelik.

Aku mahu yang besar-besar sahaja.
Rumah besar.
Gaji besar
Untuk jadi pacar.
Jika kau berani.
Buktikan kelelakianmu
Aku mahu yang besar-besar sahaja.

Peliknyaa.. peliknyaaa.. kenapa sanggup nyanyi lagu macam ni ek?

Yang buat aku bertambah puzzle, bila DJ memberitahu. Ini adalah salah satu soundtrack daripada filem Cicakman II, nyanyian Pianka.

Berselera besar sungguh.

UPSR

  • 5
Urgent request daripada customer aku buat kitorang kecoh tak sempat nak berfikir semalam. Balik rumah pon dah letih. Makan M0zza burger yang En.Suami belikan. Bila browsing channel astro terbuka plak astro awani yang sedang mengisahkan keputusan upsr di Malaysia baru aku rasa macam kelepuk!!!



Apa result adik aku????!!!



Woo, dengan gabra amik phone dan dialled no kampung. Dengan selamba Nina bagitau yang dia dapat 5A. Sama juga dengan 29 budak-budak lain di sekolahnya. Ini adalah teramai yang pernah sekolah kampung aku capai. Alhamdulillah.. geng-geng si Nina pon dapat 5A juga. cool!!
Conversation aku dengan Mama selepas bercakap dengan Nina

"Hello, Assalamu'alaikum"

"W'salam.. Ni ke mak kepada budak yang dapat 5A tu?"

"Ya.. betul.. sayalah orangnya"

Arghhh.. Mana tak tumpahnya poyo, kalau tidak ke anak beranak. Hahahahaa.

Sebuah kelahiran dan peperangan

  • 3
Hari ni hari lahir anak buah yang pertama. Si nakal Nabil Amin. Kalau tak silap aku, yang ke 5?

Aku ucapkan good luck untuk laskar-laskar SPM tahun ni. Moga cemerlang yach!!

Diari Bakal Ibu: Maskara Shorties

  • 6
Semua orang kecoh bila Spyz dikatakan pitam selepas habis Maskara Shorties. Perempuan dikatakan makhluk yang sensitif dah caring, akan masuk dan melihat-lihat kedaan Spyz.

Panadol!!

Semua orang mencari panadol. Aku macam yakin yang dalam handbag hijau aku ada panadol cuba mencari. Panadol yang biasa aku makan ada dua jenis. Panadol actifast disaat client aku memeningkan kepala aku dengan request yang tidak-tidak. Dan panadol menstrual yang aku tak perlukan lagi sekarang. (Bagi yang tidak mengetahui kenapa, perempuan mengandung tidak akan datang bulan)

Selain daripada itu, dalam beg aku ada macam-macam. Dinosour pon mungkin ada selain daripada kredit kad, asam dan resit Jusco 4 bulan lepas.

"Ko ok ke spyz?" Vovin cuba menunjukkan sisi caringnya. Malangnya tidak di beli oleh sesiapa.
Aku keluarkan semua ubat-ubat.

Folic Acid, Obimin dan B1. Semua ubat suppliment ibu mengandung. Tak ada sebiji panadol pon.

Apa yang ko expect daripada handbag ibu mengandung?

Atau boleh aje bagi pil pink obimin, konon-konon panadol yang dah diupgrade sebagai placebo utk Spyz?

Soljah kena mula ada kotak first aid. Adeihh..

p/s: dikatakan Spyz bekerja bersungguh-sungguh sewaktu prep maskara sehingga terlupa untuk makan. Ini yang dinamakan dedikasi.. !!

Diari Bakal Ibu: Ultrasound

  • 6
Ingat nak pergi buat Ultrasound Scan ahad lepas. Tapi printer di klinik tu rosak.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers