Diari Bakal Ibu: Terima tetamu

  • 3
Ada bakal pengantin dan kengkawan datang kerumah aku yang tak siap-siap tu kelmarin.

Bertuah kerana hari Selasa tu adalah hari pasar malam aku. Aku beli satay, mangga dan jagung. Jagung yang dijual di pasar malam aku adalah sangat superb. Manis dan murah. Tiga tongkol RM2.50.

Sudah lama tak berduduk-duduk makan dan bergossip ria dengan rakan-rakan. Sangat enjoice. Terima kasih En. Suami kerana benarkan aku terima tetamu perempuan aku. Siap buatkan air milo panas untuk hidangan di malam berhujan itu.

Kitorang semua makan di lantai aje. Jadi aku dok duduk bangun duduk bangun dari lantai. Masa tu tak rasa la. Esoknya baru rasa pinggang nak tercabut dan pinggul nak retak. Mungkin dah sampai masa untuk ada meja makan. Kan sayang kan?

3 comments:

Nida Shaari said...

Sila salahkan tetamu yang nak makan itu ini.

Dan. Siap minta air basuh tangan lagi.

ha ha ha

Amyz! said...

selalunya cik puan daun sangat aktif. tak reti duduk diam. kita dah biasa nampak begitu. jadi dia mengandung ke, tak mengandung ke, rasa macam sama je. energetic sungguhla bakal ibu ni.

sungguh tidak perihatin tetamu2 itu.

Hahaha.

Anonymous said...

aku sayang kau daun.. hi hi hi :p

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers