Diari Bakal Ibu: Maskara Shorties

  • 6
Semua orang kecoh bila Spyz dikatakan pitam selepas habis Maskara Shorties. Perempuan dikatakan makhluk yang sensitif dah caring, akan masuk dan melihat-lihat kedaan Spyz.

Panadol!!

Semua orang mencari panadol. Aku macam yakin yang dalam handbag hijau aku ada panadol cuba mencari. Panadol yang biasa aku makan ada dua jenis. Panadol actifast disaat client aku memeningkan kepala aku dengan request yang tidak-tidak. Dan panadol menstrual yang aku tak perlukan lagi sekarang. (Bagi yang tidak mengetahui kenapa, perempuan mengandung tidak akan datang bulan)

Selain daripada itu, dalam beg aku ada macam-macam. Dinosour pon mungkin ada selain daripada kredit kad, asam dan resit Jusco 4 bulan lepas.

"Ko ok ke spyz?" Vovin cuba menunjukkan sisi caringnya. Malangnya tidak di beli oleh sesiapa.
Aku keluarkan semua ubat-ubat.

Folic Acid, Obimin dan B1. Semua ubat suppliment ibu mengandung. Tak ada sebiji panadol pon.

Apa yang ko expect daripada handbag ibu mengandung?

Atau boleh aje bagi pil pink obimin, konon-konon panadol yang dah diupgrade sebagai placebo utk Spyz?

Soljah kena mula ada kotak first aid. Adeihh..

p/s: dikatakan Spyz bekerja bersungguh-sungguh sewaktu prep maskara sehingga terlupa untuk makan. Ini yang dinamakan dedikasi.. !!

6 comments:

Feeyona said...

adoi la...
mengada2 betui sepai ni.

dulu tak makan 4 hari menten je.
hahahah

Tok Rimau said...

Spyz bukan lapar. Dia dahaga. Dahaga perhatian. Ha ha ha.

Nida Shaari said...

Tapi gua salute la sama jigo..

lumur minyak kapak di dahi dan bagi makan panadol kat Spyz dengan penuh kasih sayang..

hak hak hak

tasekM said...

tongkat ali pun bulih ganti panadol aku rasa di kala terdesak. ha ha.

sinaganaga said...

Jigo mendatangi Spyz daripada belakang... Hak hak hak!

Yana Ismail said...

Alahai.mana nk cr panadol?pnh ubt untk ibu mgandung.ahaks..mcm beg doraemon.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers