Oshin

  • 9
Dulu aku tengok Oshin. Sekarang pon tengok Oshin juga.

Aku tak suka bila aku dah hooked dengan satu-satu mini series. But I cant help myself.

Ya Allah, Janganlah aku jadi addicted to Oshin. Semoga aku boleh luangkan pukul 10 - 10.30 malam isnin - rabu kepada acara lain juga. Ameen.

ekstrem

  • 7
Ekstrem

15 minit pertama perjalanan sejam setengah tu macam neraka. Mendarat sahaja di laman pejabat perut aku masih berpusing-pusing. Noa angkat beg aku. Aku. Jalan perlahan ke bangku kayu di simpang tiga.

Menanti kereta Dia. Aku letak kepala di beg troli. Makan gula-gula strawberi.
Isi perut aku pagi tadi dah selamat dalam plastik merah. Noa dah buang dalam tong sampah. Perjalanan turun tadi mmg sial. Jalan macam ular kena palu. Driver pula memandu macam dalam tokyo drift.

Penumpang depan aku dok makan macam-macam. Bau twisties, cheezel buat aku tambah sakit. Tak boleh marah. Masa awal perjalanan salah seorang daripada mereka yang bagi aku jeruk jambu. Sedap.

Sarapan aku pagi tadi dah selamat jadi arwah. Baki perjalanan pasca muntah aku habiskan dengan pura-pura tidur.

En. Awak sampai. Awal-awal lagi aku pesan, jangan memandu laju-laju. Aku masih pening. En Awak dengan ceramah 'Sila muntah habis-habis bila sampai rumah. Awak tak habis muntah lagi' bertalu-talu. Ya, aku tau dia concern. Aku angguk-angguk.

Rumah cuma 100 meter lagi. Cuma. Aku rasa aku perlukan plastik. SEKARANG!!. Dashboard aku buka. Tak ada. Mulut aku tekup dengan sebelah tangan. Sebelah lagi menahan dashboard isi dalamnya berselerak. Tak boleh di tutup.

Tak. Dapat. Tahan. Lagi.

Aku toleh kanan. Pandang En Awak. "Sorry.. Kite muntah dalam kereta awak"

Perut aku lega.

Baki isi perut aku yang tadi. Di lantai penumpang Kembara En Awak. Termasuk gula-gula strawberi yang mendisguisekan bau muntah yang macam haram kepada bau strawberi.

Aku balik tidur. En Awak kena basuh kereta dia petang tu.

Sebab tu. Aku tak main rollercoaster dan permainan yang sewaktu dengannya. Perjalanan turun Genting yang tak ekstrem memberi after effect yang ekstrem. Bayangkan kalau aku bermainan permainan ekstrem.

UUUuuuUUUUuuuuUUUUuuuu

pilihan

  • 2

Hidup adalah pilihan. Petang itu. Aku punya pilihan untuk tidur dalam bilik hotel, berjalan-jalan di taman tema atau sertai acara perlumbaan menakjubkan yang ajk anjurkan.

Hati aku berat kearah tidur di bilik hotel. Tapi. Petang itu aku pilih untuk sertai acara yang memerlukan aku berlari-lari dalam hujan. Berjalan jauh di sekeliling resort dan taman tema.

Mengecam gambar. Bermain dengan perkataan. Sambil mengejar masa untuk menghantar tugasan sebelum jam tiga tiba.

Berlari menggunakan jalan jauh. Di koridor licin. Sambil menahan kencing di suhu 16 darjah celcius bukanlah perasaan yang indah.

Tapi bila melihat nama kumpulan berada dalam senarai lima teratas daripada 30 kumpulan.

MENAKJUBKAN!

cabutan II

  • 2
Majlis MESTI TERUS. Ajk majlis menarik semula troli berlaptop tu kedalam. Untuk di selenggara. Nasib tak perlu dial 1800 number untuk log a case to Support Enginner. Dan melalui eskalasyen proses.

Cik Cantik dan Ketua Acara terus membebel untuk memberi ajk majlis masa troubleshoot masaalah tadi.5 minit kemudian ajk yang sama menyorong kembali troli keramat ke pentas.

Cik Cantik sudah bersedia. Dengan jari mulusnya menggerakkan mouse ke ruang teks. Menaip nombor 50. Enter!

50 nama terpampang. Jenuh satu persatu berganti-ganti dengan Ketua Acara. Ada juga nama yang dikenali 'terkena'.

Bukan aku. Tak perlu kecewa. Ada dua lagi sesi cabutan nasib.

Malam itu. Aku bawa pulang 2GB thumbdrive. Tak sehebat Nikon digital kamera atau 42" tv plasma. Tapi aku dapat habuan juga. Teknologi cabutan nasib tak lah berapa teruk.

50 nama bertuah di sesi pertama dapat pen sorang satu.

cabutan

  • 3
Cabutan Nasib Baik.

Suasana jadi sunyi seketika. Semua orang berdebar-debar menunggu saat Cik Cantik Malaya dan Encik ketua acara hendak mencabut nama. Ini Makan Malam Gala bertemakan Impian Salju. Syarikat yang menerajui teknologi dan di ikuti oleh semua. Kalau tidak pon yang perasan menerajui pasaran pun tak mengapa kan? Semua ada visi dan berhak ada pendapat masing-masing.

Sebelum masuk ke dewan Makan Malam Gala, semua peserta tekan di imbas tag nama masing-masing. Jadi secara langsung layak untuk di cabut nasibnya malam ini. Semua orang berdoa-doa sekurang-kurangnya mendapat 42" Sony Bravia yang di war-war oleh Cik Cantik Malaya dan Encik Ketua Acara di awal majlis tadi.

Cik Cantik Malaya memuji-muji teknologi yang bakal di gunakan dalam Cabutan Nasib Baik pada kali ini.Ditokok tambah oleh Encik Ketua Acara. Mahal bayaran mereka untuk kendali acara. Bukan calang-calang bayaran. Kononnya pertama kali menggunakan teknologi canggih. Tak perlu cabutan dalam kertas balang. Mungkin ada nombor yang tertinggal dibawah atau terselit diantara lipatan kertas.

Ahli jawatan kuasa menyorong meja. Diatasnya ada sebuah komputer riba. Skrin besar terpapar ruang teks untuk di isi dengan nombor dan sebuah butang merah yang bertulis "Draw the LUCKY number NOW!"

Cik Cantik menambah lagi puji-pujian. Teknologi memudahkan keadaan. Sekali lagi ditokok tambah oleh Encik Ketua Acara. Cik Cantik Malaya menaipkan nombor 50 di ruang teks. 50 orang akan jadi yang bertuah. Butang merah ditekan.

Ini cabutan pertama. Muzik yang berdebar-debar seperti dalam saat Jaws menyerang di pasang. Di Skrin terpampang bar dengan kotak bergerak-gerak secara horizontal kononnya cabutan didalam proses.

Setelah 7 saat berlalu terpampang muka surat yang dinanti-nanti.


Hahahahaha.

while

  • 4
Its been a while.

Kerja aku mengambil sebahagian daripada waktu aku. Aku dapati yang aku tak ada masa berangan macam dulu. Lagi-lagi waktu kerja. Support hour dah kick in. So bila ada case on my name, I'll be trying to beat the clock.

Waktu berangan aku telah di bawa kehadapan selepas waktu kerja. Jadi bila lepas pukul 5.30 while driving I'll be thinking and start calling my friend. Kadang-kadang ada yang jadi mangsa aku bila mentol aku menyala dan aku mula sharing thought with them.

Aku ada alloacte a part of my time to do a project. Projek rahasia yang aku sedang kerjakan bersaya dua lagi sahabat. Its a hush hush projek. So I cant reveal it here yet. Wish me luck.

Tonite, I'll be at Genting to attend our company Kick Off. Never been to Genting before and I'm sure I'll have a good time there. With the goodies bag and everything. Tata.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers