Suasana jadi sunyi seketika. Semua orang berdebar-debar menunggu saat Cik Cantik Malaya dan Encik ketua acara hendak mencabut nama. Ini Makan Malam Gala bertemakan Impian Salju. Syarikat yang menerajui teknologi dan di ikuti oleh semua. Kalau tidak pon yang perasan menerajui pasaran pun tak mengapa kan? Semua ada visi dan berhak ada pendapat masing-masing.
Sebelum masuk ke dewan Makan Malam Gala, semua peserta tekan di imbas tag nama masing-masing. Jadi secara langsung layak untuk di cabut nasibnya malam ini. Semua orang berdoa-doa sekurang-kurangnya mendapat 42" Sony Bravia yang di war-war oleh Cik Cantik Malaya dan Encik Ketua Acara di awal majlis tadi.
Cik Cantik Malaya memuji-muji teknologi yang bakal di gunakan dalam Cabutan Nasib Baik pada kali ini.Ditokok tambah oleh Encik Ketua Acara. Mahal bayaran mereka untuk kendali acara. Bukan calang-calang bayaran. Kononnya pertama kali menggunakan teknologi canggih. Tak perlu cabutan dalam kertas balang. Mungkin ada nombor yang tertinggal dibawah atau terselit diantara lipatan kertas.
Ahli jawatan kuasa menyorong meja. Diatasnya ada sebuah komputer riba. Skrin besar terpapar ruang teks untuk di isi dengan nombor dan sebuah butang merah yang bertulis "Draw the LUCKY number NOW!"
Cik Cantik menambah lagi puji-pujian. Teknologi memudahkan keadaan. Sekali lagi ditokok tambah oleh Encik Ketua Acara. Cik Cantik Malaya menaipkan nombor 50 di ruang teks. 50 orang akan jadi yang bertuah. Butang merah ditekan.
Ini cabutan pertama. Muzik yang berdebar-debar seperti dalam saat Jaws menyerang di pasang. Di Skrin terpampang bar dengan kotak bergerak-gerak secara horizontal kononnya cabutan didalam proses.
Setelah 7 saat berlalu terpampang muka surat yang dinanti-nanti.

Hahahahaha.
3 comments:
hahahaha..
hahahaha.mau muka cik cantik malaya jadi kurang cantik.oppsss!.
ahahaha.. malunya hp. aduh malunya.. malunya..
Post a Comment