Ekstrem
15 minit pertama perjalanan sejam setengah tu macam neraka. Mendarat sahaja di laman pejabat perut aku masih berpusing-pusing. Noa angkat beg aku. Aku. Jalan perlahan ke bangku kayu di simpang tiga.
Menanti kereta Dia. Aku letak kepala di beg troli. Makan gula-gula strawberi.
Isi perut aku pagi tadi dah selamat dalam plastik merah. Noa dah buang dalam tong sampah. Perjalanan turun tadi mmg sial. Jalan macam ular kena palu. Driver pula memandu macam dalam tokyo drift.
Penumpang depan aku dok makan macam-macam. Bau twisties, cheezel buat aku tambah sakit. Tak boleh marah. Masa awal perjalanan salah seorang daripada mereka yang bagi aku jeruk jambu. Sedap.
Sarapan aku pagi tadi dah selamat jadi arwah. Baki perjalanan pasca muntah aku habiskan dengan pura-pura tidur.
En. Awak sampai. Awal-awal lagi aku pesan, jangan memandu laju-laju. Aku masih pening. En Awak dengan ceramah 'Sila muntah habis-habis bila sampai rumah. Awak tak habis muntah lagi' bertalu-talu. Ya, aku tau dia concern. Aku angguk-angguk.
Rumah cuma 100 meter lagi. Cuma. Aku rasa aku perlukan plastik. SEKARANG!!. Dashboard aku buka. Tak ada. Mulut aku tekup dengan sebelah tangan. Sebelah lagi menahan dashboard isi dalamnya berselerak. Tak boleh di tutup.
Tak. Dapat. Tahan. Lagi.
Aku toleh kanan. Pandang En Awak. "Sorry.. Kite muntah dalam kereta awak"
Perut aku lega.
Baki isi perut aku yang tadi. Di lantai penumpang Kembara En Awak. Termasuk gula-gula strawberi yang mendisguisekan bau muntah yang macam haram kepada bau strawberi.
Aku balik tidur. En Awak kena basuh kereta dia petang tu.
Sebab tu. Aku tak main rollercoaster dan permainan yang sewaktu dengannya. Perjalanan turun Genting yang tak ekstrem memberi after effect yang ekstrem. Bayangkan kalau aku bermainan permainan ekstrem.
UUUuuuUUUUuuuuUUUUuuuu
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
7 comments:
I would never ever trust you on any rollercoaster or any height thingy even if you said you wanna give it a try. Cukuplah seharian di Berjaya Times Square bukan sebab dapat go on all the rides tapi sebab jaga kau yang kemabukan ala-ala pregnant lady yang lagi teruk rasa loya ha! ha! ha!
but kesian kereta idaman aku tuh dimuntah-muntahkan isk.
weiihh.. aku pon mmg tobat laa. Dah tau limit tang mana. ahahaha..
lepas nieh better jgn pi genting highlands dah, usah direpeat sesi muntah2 dalam kembara aku tuh!
encik awak dah tukar tayar belum? jgn dok happy2 bawak anak dara org on tayar botak. aku teringat since teringat conversation dalam kembara dimana tgh hujan lebat dia buat confession,
"tayar aku ni sebenarnya dah haus, kau rasa tak cam driving tak stable?"
hampeh.
Sbg tanda sayang, berikan abang tu sebotol Febreeze saiz ekonomi.
ha ha ha..
huhu..ini baru dikatakan luahan pankreas..dan segala isi perut :)
mujurlah encik awak super-duper penyabar, ehehe..
-bean-
Aku boleh naik roller coaster, sollero shot di genting dengan suka ria, tapi bas yang turun dari genting memang sedemikian rupe ye? dulu aku turun dari genting naik bas. sampai putra LRT gombak, aku kena baring dalam kereta 15 menet sebelum balik. pening gila!!
Post a Comment