Ini adalah aktiviti-aktiviti yang aku akan lalukan. Biasanya dalam kereta perjalanan pulang kerumah.
1. a . Telefon ibu/ayah. Ini adalah masa yang sesuai untuk anda catch up dengan ibu dan ayah. Jika buat dengan kerap. Bila telefon berbunyi aje, lebih kurang pukul 6 lebih. Mesti ayah dah sound pada mama, " Tuuuu anak call tuuuuuu ". Ayah selalu buat perbuatan kita ni macam menyusahkan dia, kena angkat telefon. Tapi sebenarnya mak ayah kita akan gembira.
Aku kongsi tips ni dengan kawan ofis. Dia amalkan dan ayah dia pun sama dah tau bila anak dia telefon. :)
b. Telefon rakan baik. Kalau korang ada kawan baik macam aku. It is really something lah.
2. Zikir. Ini adalah amalan yang di cadangkan oleh abang aku. Dia mencari amalan sunat yang bagus.
Imam Ahmad, Ab Dawud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim. Daripada Abdullah bin Abbas beliau berkata, Rasulullah bersabda:
Barang siapa memperbanyakkan istighfar (mohon ampun kepada ALLAH), nescaya ALLAH menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan ALLAH akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.Cara untuk istighfar: Astaghfirullahalaziim innallaha ghafururrahim - 100x
Seriously, susah sangat nak habiskan 100 kali masa mula-mula tu. Tapi lama-lama, rasa senang.
Ini adalah antara perkara-perkara yang saya buat semasa dalam kereta. :) Kalau telefon tu jangan lupa pakai handsfree. Kalau kena dengan pak polisi, jangan menyesal pula. :P
4 comments:
Bagus idea2 tersebut...
Kita jadikan " jem" itu sebagai manfaat, sebab kalau kita asyik nak stress/ marah2 pun, mmg kita kena hadapi jugak...
Satu lagi cara, ialah bawa CD bacaan Al Quran..baca sama sama dgn qari..Insya Allah, hari2 buat, mudah hafaz surah2 biasa macam alwaqiah, yassin, al mulk, as sajadah, etc etc
Sama. Call mak, call bff atau zikir.
Aku pasang Al Mathurat sebab bagus dibaca pagi dan petang. So tiap pagi drive pergi kerja dan petang balik dari kerja, aku pasang Al-Mathurat dan ikut baca.
Dapatlah kurangkan aku maki2 orang lain. Bagus kan?
agreed! mmg dah mula diamalkan. x la marah2 sebab jem dah.
Memang aktiviti tetap zaman balik kerja dan tersangkut jem dulu. Eh, tetiba rindu nak kena jem. Haish.
Post a Comment