Showing posts with label Medela PISA. Show all posts
Showing posts with label Medela PISA. Show all posts

Pump yang berkata-kata

  • 0
PISA aku selalu berbisik bila aku menggunakannya. Dia akan menangkap apa yang aku fikirkan masa tu.

Kadang-kadang dia berbunyi "bodoh.. bodoh.. bodoh.. bodoh"

Kadang-kadang pula, "nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik.."

Tapi tadi, mati-mati aku dengar " sagat ofis naga.. sagat ofis naga.. sagat ofis naga... "

Pejadah??

Diari Bakal Ibu: Breast pump

  • 7
Sebelum berkahwin lagi aku kerap baca blog kawan-kawan aku yang gila BF (Breast Feed)-kan anak dia. Dalam hati aku kata, dorang ni memang berdedikasi sungguh. Dorang punya drive untuk bagi yang terbaik untuk anak dorang buat aku pun rasa nak jadi seorang gi BF. Tapi kadang-kadang aku meragui kemampuan aku. Yer lah, kadang-kadang gua ni hangat-hangat taik ayam aje.

Banyak kelebihan bila anak di susu-ibukan. Semasa aku pergi kursus dengan En.Suami tentang persediaan bersalin dan penjagaan anak selepas kelahiran di YU EM EM SI, memang rasa lagi nekad untuk bagi susu ibu secara ekslusif pada anak aku. Sekurang-kurangnya 6 bulan pertama.

Selepas berbincang-bincang dengan Elin, aku ambil keputusan untuk beli breast pump cap Medela PISA (Pump in Style Advanced). Ya ya ya.. mahal sket. Tapi aku rasa ia adalah pelaburan yang berbaloi. Kalau beli kat luar, harganya RM1699. Tapi aku jumpa website ni: http://mylilaida.blogspot.com/, menjual dengan harga RM1399. Website ni ada juga jual range lain Medela. Medela FreeStyle dan juga Medela Harmony.

Dalam masa 2 minggu, InsyaAllah, aku akan dapat Medela PISA aku. Aku harap korang doakan yang aku berjaya jalankan misi gila BF aku. Aku dapat sokongan daripada Angah dan Elin yang dah ada pengalaman ekslusif BF dua orang anak dorang dengan jayanya. Angah juga dengan baik hati menghadiahkan aku botol susu BPA free. Terima kasih sangat-sangat.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Apa kata gua tentang

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers