Salah satu barang yang aku beli secara impulsive adalah ini. Pada April lepas.
Dapat diskaun 20% daripada harganya yang boleh la tahan juga. Hati melompat-lompat ria bila dapat bungkusan. Ini adalah salah satu daripada keindahan online shopping. Bila parcel tu sudah berada ditangan.
Malang sekali bila cuba masukka Iqbal dalam position 'cradle hold' (sebab dia masih lagi baby), menangis-nangis macam la orang cubit dia. Ayah cakap "Jangan di siksa budak tu". Mama menambah "Budak tu kecil lagi nak di dokong macam tu".
Selepas-selepas tu, aku ada cuba beberapa kali. Aku masih tak nak putus asa dengan ringsling aku tu. Masih lagi gagal. Iqbal tak nak.
Semalam, ayah Iqbal ada sesi karaoke dengan team dia. Ini adalah perjumpaan pertama dengan Vice President A*MD. Nuar tak nak pergi, yelah, meninggalkan aku seorang dengan Iqbal. Tak pernah tau. Tapi aku memikirkan yang Nuar perlu berkenalan dengan teman sekerja dan para boss, aku suruh dia pergi.
Aku dah hampir putus asa. Dah usha Ergo baby carrier, Snugli's dan Baby Bjorn. Tapi harga fullamak, kalau aku tak beli ring sling haritu, memang aku sambar satu. Memang kejap lagi aku buat satu entry untuk jual Ring Sling aku.
Iqbal suka didukung. Aku suka letak dia kat bahu aku. Iqbal pon selesa macam tu. Jadi aku sekali lagi praktis position 'tummy to tummy'. Tengok siap-siap video kat youtube http://www.youtube.com/watch?v=HdP_KcN20uw. Letak Ring Sling siap-siap. Dan ambil Iqbal dari nurseri.
Masa berdua-duaan begini, senang sikit nak praktis. Tak ada pressure daripada Nuar. Nampak gaya dia macam hint untuk jual aku nyer ring sling tu. Tertekan occay.
Dan finally, dengan sekali percubaan, aku berjaya masukkan Iqbal. Iqbal diam dan selesa. Aku siap praktis dua tiga kali keluar masuk. Bawak pergi dapur, ambil air daripada peti sejuk. Minum. Jalan-jalan sikit. Iqbal tak menangis. Yeah!!!
Cuma tak ambil gambar. Sebab pakaian aku sangat tak sesuai untuk di papar disini. Nanti aku ambil dan letak. :D. Mungkin Ergo baby carrier, Snugli's dan Baby Bjorn boleh di KIV dulu. Akan tetap ada dalam wishlist, supaya senang Nuar nak bawa Iqbal. Haram dia nak memakai ringsling kaler merah tu. ;)
Showing posts with label ring sling. Show all posts
Showing posts with label ring sling. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!