Entah, sejak-sejak ber-oven ni. Menjadi-jadi plak kerajinan nak fully utilize gadjet dapur tu. Karang Nuar kata, dah beli tapi takde hasil pun? Saje je nak keji isterinya yang hobi tenggelam timbul ni. (Maaf ye sayang, kalau kite buruk sangka.. :P)
Sementera tu nak bercerita tentang kesyukuran. Syukur kerana Mama dulu dera aku cukup-cukup didapur. Sebagai perempuan sulung, Mama latih aku daripada darjah empat. Masakan lengkap pertama adalah, Masak lemak pucuk ubi, Ikan kembung goreng dan Nasi putih. Mesti ada sambal belacan juga. Sampai gondol-gondol pucuk ubi keliling rumah, tak cukup tu, berbekalkan ubat nyamuk patah, pergi kekebun cari pucuk ubi.
Syukur sangat sebab sambil merungut-rungut dan hentak-hentak kaki tak puas hati kena suruh, jadi juga masak lemak tu tak pecah minyak. Perkara paling benci dengan masak lemak pucuk ubi, adalah untuk kacau jangan kasi pecah minyak. Api kena kecil dan kacau dengan teknik cedok tuang kuah lemak.
Syukur juga kerana Mama selalu ambil tempahan kek dan kuih, sedikit sebanyak ada juga tips dan ilmu-ilmu mama turunkan pada aku. Cuma aku paling tak kuasa buat kuih raya yang kecil-kecil dan renyah. Nak masak makan tengahari boleh, tapi tolong Mama buat tat nenas, tak mahu.
Bila dah dewasa dan ada anak, aku nampak Mama dalam diri aku. Kalau tak banyak ada sedikit Mama dalam diri aku. Dan aku nampak Mama dalam diri adik-adik aku juga. Walaupun ada yang dah terer sebagai chef dan ada yang cuma jadi sous chef (tukang sedia bahan masakan) semua boleh lah didapur. Tak nampak kekok. Nak kena atasi sikap malas tu aje.
I love Mama. Thanks Mama. Muahhssss!!
1 comment:
you are my top chef. ;-)
Post a Comment