Setelah lama tak balik kampung yang hampir buat aku jadi anak menantu derhaka, aku pun balik la ke kampung yang ambil masa 45 minit sahaja. Nampak pula pokok betik di rumah dan rimbunan betik di atas pokok. Dengan tamaknya, ambil galah dan nak jolok sebiji. Dengan percuma buah jatuh tak sempat sambut. Padan muka. Rugi sebiji buah betik yang ranum.
Selepas itu, ayah pula volunteer nak tolong. Aku jolok, ayah sambut. Berjaya! Kemudian ayah nak eksyen dan nak jolok dan sambut sendiri. Biarkan aje lah sambil aku jaga-jaga lah. Sebab orang eksyen biasanya akan mendapat balasan serta-merta.
Nasib la aku ada dekat dengan ayah. Masa ayah jolok dan nak sambut tu macam mana tah. Ayah terundur dan macam nak jatuh kebelakang. Aku sempat pegang dan tahan ayah daripada jatuh. Sempat lagi ayah sambut betik tu. Ni semua Iqbal punya pasal, kata ayah.
Tak cukup dua, ada sepokok lagi yang rendah pun aku rembat juga dua biji. Mama kata yang pokok satu lagi ni, buahnya merah. Lagi sedap daripada betik yang tinggi tu. Tebang karang!! ada hati nak ugut pokok betik kat kampung. Kalau mati baru padan muka. Tak ada lagi betik free. Beli kat pasar pun bukannya murah tau!!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Gambar diatas adalah betik yang Nuar dah letak elok-elok dalam bekas. Baik sungguh suami saya. :D. Yang dua biji di sebelah kanan adalah betik pokok tinggi. Dan dua biji di sebelah kiri, adalah pokok rendah yang mampu melahirkan dua biji betil dalam satu tangkai. Hebat tau. Rasa tak tau lagi sebab belum cuba. Lagipun belum masak. Yang bakal jadi mangsa adalah betik kecil itu. Sebiji yang pelik tu adalah buah mangga muda.
Tiba-tiba rasa gelihati dengan posting ini. Cerita pasal betik pun boleh dapat berperengan-perenggan. :P
3 comments:
kannn...
tp ok apa.. kira byk idea la tu
hari tu aku tgk sorang blogger bg anak dia mkn mangga guna fresh food feeder ni. kalo iqbal enjoy mkn betik, i'm sure dia lagi suka makan betik dgn feeder ni - tanpa ada rasa ketakutan baby akan tercekik. ewah! hahaha. ;-)
http://www.fabulousmom.com/catalog/product_info.php?cPath=24_39_98&products_id=454
anak aku start makan buah masa 6 bulan lagi. mak mertua aku bising takut kembung. Aku menantu kurang asam sket dengan selamba jawab "ala ummi org putih tu takde pun kembung2 perut"
tapi mmg bleh beza ngan sepupu2 dia bila dah umur 2-3 tahun. makan tak memilih dan dengan senang hati pilih fresh fruits n vege over junk food.
Post a Comment