Saya suka makan durian. Minggu lepas saya sudah makan sebiji durian yang berharga rm25 seorang diri. Bila kemudiannya saya beritahu suami saya yang saya nak durian lagi. Suami kata tak boleh. Durian boleh makan dua minggu sekali sahaja. Mana ada aturan begitu? Siapa yang gatal-gatal menyusun-atur undang-undang yang mengatakan sedemikian. Suami saya memang tah apa-apa tah. Saya tetap mahu makan durian.
Kemudian, semalam semasa pergi ke pasar malam BK5. Saya lalu di gerai durian yang sama. Gerai tu masih lagi menjual durian yang saya beli minggu lepas. Jadi saya telefon suami saya. Mula-mula saya tanya dia nak makan apa? Dia kata apa-apa je lah. Saya tak pernah jumpa apa-apa jelah dijual di pasar malam BK5. Jadi dia order nasi tomato lauk daging. Kemudian saya tanya lagi. Nak taufufa tak? Suami kata boleh juga. Taufufa beku adalah makanan kegemaran suami saya. Ada extra point disitu.
Kemudian, saya tanya lagi.. Eh eh eh.. Boleh tak saya beli durian? Suami menjawab. Hmm boleh jugak. Jadi saya lompat-lompat kecil di pasar dan membeli sebiji durian yang mantap itu. Berjaya juga saya makan durian 2 minggu berturut-turut. Beribu-ribu kalori lah mendiami badan saya. :P
Tapi saya belajar satu perkara semalam. Selepas makan durian, jangan minum minuman berkarbonat. Nanti sakit perut.
Padan muka saya.
p/s: Jangan kagum dulu. Skill menaip menggunakan iphone saya masih so-so sahaja, Entri ini panjang kerana saya menaip dari laptop saya. Kalau guna iphone sudah pasti tidak sepanjang dan se-elaborate begini. Entri iphone akan berbunyi begini. "Makan durian lagi.. Yummehh!!! Tapi sakit perut.. sangat tak yummeh!!!" [letak gambar]
Sekian. Terima Kasih
5 comments:
laaa... org makan durian minum la air suam.. ni bantai air gas.. mmg la kembung..kekeke..
ohh.. ingat dah prektis guna iphone dan type entri durian ini dengan gigih dan tekunnya..
rupanya tidak.. haha. :-p
tak apalah. gue tak kisah. janji lu update je. haha.
uh.. takde gambar durian? haha..
Ah. Ini buatkan aku mahu durian. Tapi selain durian frozen, takdak choice lain kat sini.
minggu lepas pegi Pasar Tani Shah Alam, ada orang beli lagi durian. Kali ni 2 biji pulak. Walaupun saya tak makan durian, tapi saya tak bantah kalau dia nak beli dan makan sorang2..
chehhh baru nak kagum..tetiba tak jadi...
saya tidak makan durian.. jadi tak der masalah terliur durian..ehehehe
eh durian tu ada gas juga, pastu minum ari gas...mujur tak meletup dalam perut..ahaks...
ada kes, makcik ni naik bas ekpress boh tempoyak, bertutup rapat, sekalik malatops bawah bas tu, suspen semua orang
Post a Comment