Iqbal adik.. Baby Abang..

  • 0
Dah lama tak bercerita tentang Iqbal. Agaknya banyak sangat membebel tentang Iqbal di FB and twitter. Jadi blog ni terbiar la sedikit.

Iqbal dah masuk 2 tahun 5 bulan dan adalah seorang yang sangat vokal dan ekspresif. Masih lagi dalam proses penerimaan adik. Jeles jangan cerita lah. Mama dia tak boleh nak pegang baby lain. Kalau silap mood dia melalak. Kalau mood baik sedikit. Dia akan join sama duduk atas pangku sambil kuis-kuis baby yang aku pegang supaya jauh sket. Keluar daripada territory dia.



Bila cakap dia adalah Abang, Iqbal akan letak tangan kat dada "Iqbal adik!" dan tunjuk kat perut aku "Baby Abang!!". In denial kan?

But sangat pandai ambil hati aku. Kadang-kadang out of nowhere, ambil tangan aku, peluk dan cakap "Ayang Mama". Aduhai la sayang. Cair.

Nak cerita bende yang buat aku naik angin? banyak. Ahahaha. Dah besar makin banyak akal. Kadang-kadang akan outwit mak bapak dia pula. Hanginnnn.. ;)

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers