Scramble Bug

  • 1

Ramai yang tanya mana nak beli Scramble Bug tu. Memang comel. Aku tak dapat bagi jawapan spesifik. Aku beli pasa Mom & Baby Expo dalam bulan 5 yang lepas. Di booth Com*bi.

Jadi aku tak pasti yang di kedai Com*bi ada ke jual Scramble Bug tu. Selalu kedai Com*bi, dia jual barangan jenama tu aje. So yeah. Aku tak tau. Aku try google tapi tak jumpa local supplier. Paling dekat di Singapore.

Boleh try cari kat Expo seterusnya. Menurut sumber aku, ada another parent expo kots dalam bulan 8 ni. Com*bi ada bukak booth. Dan mana tau dia jual Scramble Bug juga.

Harga, dia kata harga biasa RM190 dan aku rasa aku bayar RM169 kots. Dah lama aku tak ingat. Aku tak rasa informasi ni membantu sangat. But there it goes. :)

Back

  • 3
Aku kembali setelah semingu berhibernasi.. :)

Sila ignore entri dibawah kerana terjadi masa blackout dan kalut-kalut nak call for help dan my beloved Iphone boleh termasuk dalam apps tu dan sempat publish tu plak.. Tu yang tak tahan tu.

Tapi throughout the hibernation, malas nak update blog. So now, boleh mula blogging semula. ;)
  • 2



- Posted using BlogPress from my iPhone

My little stuntman..

  • 10
Iqbal, walaupun masih slow untuk bercakap, dia sangat berani dan lasak. Macam Abah dia. Sangat bukan aku. Aku ni seorang yang low risk. Paling kuat pernah luka kena pisau aje or terkena stapler (sila jangan tanya acam mana boleh kena.. ahaha). Tak pernah terjatuh teruk-teruk sampai patah-patah terseliuh.

Aku belikan Iqbal Scramblebug yang amat comel. Iqbal dah pandai dah teknik untuk duduk sendiri. Tapi yang buat jantung aku macam nak luruh, dia boleh berdiri atas scramblebug tu. Tangan pegang handle dan kaki dah kat tempat duduk dia. Tu belum buat stunt berdiri dekat pemegang tayar depan Scramblebug. Kaki kat tayar depan, tangan pegang handle. Sebenarnya sudah pun. Dan aku pun dah menjerit histerikal dah pun.


Yang aku syukur Scramblebug ni sangat stable. Ko tengok la tayar dia berapa lebar. Tapi still buat aku saspen juga kalau terbalik.

Nuar kata "Itu belum lagi, tunggu karang dia kata 'see mom!! no hand!!!" Berdiri atas Scramble bug sambil lepas tangan. Adoilahhhhh... aku sabar ajelah melayan si lasak tapi manja shomen-shomen anak mama. Ahahaha.. Tak macho langsung panggilan itu.

Snek lagho yang sedap!!

  • 3


Masa nak beli snek untuk adik aku yang lepak-lepak kat rumah. Teramik la satu perasa sotong. Dan lepas tu hidup aku berubah. Deng!! Aku officially addicted to this snek. Dan kalau tidak kerana harganya mahal sket berbanding snek lain yg akan mengenyangkan la juga, aku akan stok banyak-banyak di rumah dan dalam kereta. RM6 boleh habis dalam 30 saat aje. Rasa macam heaven. Lepas makan tak kenyang pun. Ahahaha.

Love you Crispy Seaweed!!

p/s: Aku dah buat Atie pun hooked dengan snek ni. Ahahaha.

Bergilir-gilir

  • 7
Bila berbual dengan Nuar kadang-kadang keluar cerita tah apa-apa. Tapi aku rasa walaupun Nuar tu tak la kelakar sangat, tapi kadang-kadang keluar juga kelakar dia. :P Sayang Awak..

Bercerita pasal kelakar. Walaupun aku ni kuat borak bak kata mak aku, tapi bila perlu, rasa aku boleh jadi pendengar yang baik. Perbualan adalah suatu yang ada tolak ansur la kan? Pihak satu lagi bercerita, satu lagi mendengar dan vice versa.

Tapi bila sampai situasi ni, kita nak berbual satu topik yang mungkin tak penting, tapi nak di ceritakan.

Orang 1: Eh! semalam aku pergi Jusco..
Orang 2: Aku pun pergi Jusco. Bla bla bla bla.. beli spender... bla bla bla bla.. cari tupperware tak jumpa.. bla bla bla bla.. then kitorang balik dalam pukul 10 lebih jugak lah.

Orang 1 masih lagi nak bercerita juga. Cuba nak masuk cerita.

Orang 1: Aaaa, aku pi Jusco kan? Cari la tshirt untuk adik aku...
Orang 2: Tshirt kat Jusco murah-murah kan? Masa aku pergi semalam banyak la yang cantik-cantik.. bla bla bla.. Antioni.. bla bla bla Jeep murah jugak.. bla bla bla.. 5 pasang juga aku rembat..

Orang 1 give up.. ahahaha.

Hahahaa. Aku rasa kelakar. Kekeke. Setengah-setengah orang perlu belajar ada skill untuk mendengar dan take turn. Kan?

Jalan-jalan punya cerita

  • 2
Kak Na komen dalam entri dibawah: Apa yang comel, mestilah si iqbal tuuu. Nanti bila dia dah boleh jalan, lagi best.

Cuma untuk kak na, aku nak bagitau yang Iqbal dah berjalan dah. Agaknya gambar-gambar banyak misleading, kesian Iqbal. Dah setahun 4 bulan tak berjalan lagi. Kena angkut aje dengan gadjet-gadjet mama.

Iqbal dah mula berjalan pada setahun sebulan. Cuma gua rimas kalau dia berjalan, mesti banyak distraction. Mesti nak berhenti, kutip batu masuk mulut. Berhenti, cangkung, letak tangan kat pasir dan masuk mulut. Dan juga buat perjalan jadi slow sangat-sangat sebab dia nak pergi kehulu-kehilir.

Dan kadang-kadang kalau Iqbal terlalu happy, dia akan jalan suka-suka hati macam orang mabuk dan ingat semua tempat dia boleh landing macam landing atas badan mama dia. Which is not.

Masa pergi ke Zoo tempohari, Iqbal sangat high dan jalan suka-suka hati dan asyik jatuh-jatuhkan badan sambil gelak-gelak. Ada parent yang pandang slack kat kitorang sebab biarkan aje Iqbal begitu. Ahahahaha.

So, kesimpulannya, Iqbal dah berjalan dah. Dan memang comel dan geram. Sampai kenabeli pagar satu lagi untuk halang dia pi dapur selalu. ;)

Pandangan sisi.

  • 1
Ini adalah back carrier tu dari pandangan tepi. Dari depan mmg macam backpack, tp dari sisi macam kerusi yg diletakkan dibelakang badan. Siap ada harness supaya baby secure kat belakang tu. Iqbal gembira gila. Siap tepuk-tepuk tangan dan lambai semua orang kat bawah masa first time demo.

Siap ada ala-ala sun shades tuh. Comel gilak.

Yang akan guna, Nuar atau pakcik-pakcik Iqbal yang lain. Takdenya aku nak angkut budak 10.5 kg kat belakang aku.




Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers