Perempuan Simpanan I

  • 18

Aku dalam perjalanan pulang dari kerja. Tiba-tiba V3 aku berdering. Selepas melihat sekilas caller ID yang tertera. Aku angkat.


Ijat: Hellow.. ko tengah buat apa?
Daun: Aku tengah drive ni. Wassap?
Ijat: Aku nak Perempuan Simpanan. Ko nak aku bayar sekarang ke? atau Cash on delivery?
Daun: Nanti dulu la. Launch April karang. Jadi aku book-kan ko dulu satu.
Ijat: Okay!
Daun: Thanks aaa


Bila perbualan diatas berakhir. Aku tersenyum sendiri. Kalau ada orang yang tak tau hujung pangkal, sure aku sudah dipandang serong oleh masyarakat. Dorang ingat aku ni mak ayam. Jual 'Perempuan Simpanan'.


Hahaha.


p/s: Kepada sesiapa yang belum booking. Sila lakukan segera. Cetakan terhad dan booking macam goreng pisang panas. :)

Akan Datang: Perempuan Simpanan

Cetakan terhad!!!!

Buku terbaru keluaran Soljah.
Akan dilancarkan pada 1 April 2009.
Untuk tempahan sila tulis di komen box atau email pada cikdaun@yahoo.com

Anak Buah ke-3

  • 9


Lahir 12/12/08
Luqman Haqiem
Sekarang dah besar sangat dah.. Sangat baik tak banyak meragam. Aku banyak belajar cara nak handle baby dengan memerhati akak ipar aku menyiapkan dia. Gua buta kayu. Selama ni tak pernah menyiapkan anak buah yang lain. Tu semua kerja adik-adik aku. Sekarang ni baru nak terkial-kial. Padan muka gua!!

Diari Bakal Ibu: Basuh baju baby

Mula di pembaringan pada pukul 11 malam. Cumanya tak dapat nak lelapkan mata. Baby bergerak dengan rianya. Masa nak tidur lah, waktu yang paling aktif. Kejap-kejap keras belah kiri. Kemudian keras belah kanan. Sekejap lagi dia buat summersault berpusing pula.

Otak pula tengah ligat berfikir, beg persediaan ke hospital belum siapkan lagi. Jadi, gagahkan diri bangun, kumpulkan baju-baju, tuala, selimut, booties & mitten serta kain lampin baby untuk dibasuh. Letak dalam baldi. Bawak turun ke bawah. En.Suami tengah tengok tv cerita tah apa-apa tah.

En.Suami tanya, apa tu?. Aku jawab, baju baby untuk di basuh. Tolong basuh ye sayang? Tak payah guna sabun, bagi rendam dalam 10 minit pahtu boleh bilas dan spin.

En.Suami jawab, okay.

Kerja basuh baju adalah tugas En.Suami. Sebenarnya, almost semua kerja rumah jadi kerja En.Suami. Aku? memasak. Itu pun kalau larat.

Semalam, selepas keluar daripada kereta dengan perut yang sarat, booties and mitten tu di sidai di porch mengundang senyum dibibir aku.

Comel sangat!!!

p/s: Dah boleh start pack beg persediaan ke hospital dah! Yay!

Diari Bakal Ibu: Gatai perut

  • 8
Seronok plak garu perut bila gatal. Menggaru perut yang pregnant tak sama rasanya dengan menggaru perut yang tak pregnant. Rasa pelik sket tapi best.

Tapi buruk perangai occay!


Aku kena pakai lebih Bio Oil lepas mandi. Bagus untuk menghindarkan strechmark yang akan membuatkan perut sangat-sangat tak seksi selepas melahirkan anak.

Diari Bakal Ibu: Breast pump

Sebelum berkahwin lagi aku kerap baca blog kawan-kawan aku yang gila BF (Breast Feed)-kan anak dia. Dalam hati aku kata, dorang ni memang berdedikasi sungguh. Dorang punya drive untuk bagi yang terbaik untuk anak dorang buat aku pun rasa nak jadi seorang gi BF. Tapi kadang-kadang aku meragui kemampuan aku. Yer lah, kadang-kadang gua ni hangat-hangat taik ayam aje.

Banyak kelebihan bila anak di susu-ibukan. Semasa aku pergi kursus dengan En.Suami tentang persediaan bersalin dan penjagaan anak selepas kelahiran di YU EM EM SI, memang rasa lagi nekad untuk bagi susu ibu secara ekslusif pada anak aku. Sekurang-kurangnya 6 bulan pertama.

Selepas berbincang-bincang dengan Elin, aku ambil keputusan untuk beli breast pump cap Medela PISA (Pump in Style Advanced). Ya ya ya.. mahal sket. Tapi aku rasa ia adalah pelaburan yang berbaloi. Kalau beli kat luar, harganya RM1699. Tapi aku jumpa website ni: http://mylilaida.blogspot.com/, menjual dengan harga RM1399. Website ni ada juga jual range lain Medela. Medela FreeStyle dan juga Medela Harmony.

Dalam masa 2 minggu, InsyaAllah, aku akan dapat Medela PISA aku. Aku harap korang doakan yang aku berjaya jalankan misi gila BF aku. Aku dapat sokongan daripada Angah dan Elin yang dah ada pengalaman ekslusif BF dua orang anak dorang dengan jayanya. Angah juga dengan baik hati menghadiahkan aku botol susu BPA free. Terima kasih sangat-sangat.

Diari Bakal Ibu: Tak hip dan seksi

  • 12
Dengan memegang perut boyot dan maternity pants. Berjalan perlahan dikawasan barangan baby dan nursing bra.

Aku tak rasa seksi dah hip.

Arghhh!!!!

Hari yang baik

  • 4
Aku lihat langit hari ini. Cerah. Pada aku, hari ini hari yang baik untuk permulaan baru.

Aku doakan yang terbaik untuk En.Suami.

Ada apa dengan bola?

  • 6
Pagi ini pergi kerja berdua-duan dengan En.Suami. Sebenarnya aku suka pergi kerja dengan En.Suami. Kerana tak perlu la aku memandu.

Masa di satu simpang dari Hilton ke Jalan Utara-Barat, ada sebuah Avanza biru kobalt parkir di bahu jalan tiba-tiba menerjah ke kanan. Macam tak reti nak tengok kereta dari belakang clear ke tak. Memang rasa nak belasah la.

"Ish! macam tak reti drive aje" aku mendengus. Aku tak boleh nak marah lebih-lebih. Orang mengandung tak boleh marah sangat.

"Nasib baik Liverpool, kalau Man U tadi memang tak ada maaf lah!" En.Suami membalas.

Pergh.. En.Suami bersikap pemaaf? Pelik tu. Kenapa tiba-tiba naik nama pasukan bola Liga Inggeris pula ni? Aku ada salah sebut ke? Ke otak lelaki memang di wire-kan begitu? Semua benda akan short circuit ke slot bola kah?

En.Suami sambung, "Kalau Portsmouth boleh kalahkan Man U, dia rela sokong Portsmouth, asalkan Man U tak menang"

Duh!! Ampeh! Kesumat betul penyokong Arsenal ni pada Man U.

Kalau nak eksiden, bukan kira penyokong mana pun. Kereta gua juga yang kemek Haih!!

Diari Bakal Ibu: 35 minggu

  • 16
Kadang-kadang aku ni tak sedar masa berlalu. Nasib aku letak baby ticker kat blog ni. Kalau tak aku sendiri tak ingat aku dah mengandung berapa minggu.

Kak Nita kata, selepas 36 minggu, baby dah full term. Dah sedia untuk hadapi dunia. Full term. Maksudnya, kalau lahir selepas 36 minggu. Baby tu bukan premature atau tak cukup bulan.

Aku tau, proses bersalin tu sesuatu yang unik. Engkau mungkin begini, dan aku mungkin begitu pula. Jadi aku untuk menghilangkan rasa gementar, aku tanya kawan aku, Ina, macam mana dia bersalin. Dia cerita, dalam minggu ke 36, dia pergi ke hospital untuk booking tempat bersalin. Tau-tau doktor tahan dia, bgtau dia dah beberapa cm opening. Petang tu terus dia deliver.

Jadi, seminggu aje lagi menuju ke 36. Aku kena siapkan beg hospital. Just in case.

List daripada seorang kawan:

Untuk Ibu

- Kain batik
- Selipar / can wear with socks
- Stoking
- Maternity/nursing bra
- Pad
- Bra pad
- T-shirts
- Toiletries
- Towel
- Drinks(air masak masuk dlm Flusk)
- Food (kit Kat / Roti / Biscut)
- Disposable Panties

Untuk baby

- Lampin
- Selimut with Cap and w/out
- Mitten and booties
- Tuala
- Toiletries + Baby Oil
- Clothing / Jumper suit
- Bakul / Carrier
- Kain Bedung

Sebenarnya, nak bersalin kat mana pon masih belum ada kata putus. Haih!!

Diari Bakal Ibu: Tak larat duduk

Sekarang duduk pon tak dapat nak berlama-lama. Bila kerja, mengadap laptop, tetiba rasa gelisah.

Pinggang rasa nak tercabut. Perut rasa kebas dan keras. Masa ni, buat apa pon tak sedap.

Jadi aku berdiri. Budak-budak ofis tanya kenapa?

"Tak larat nak duduk" jawab aku.

Pasca Maskara 13

  • 6
Wow.. Maskara sudah yang ke 13. tapi bila bercakap dengan vovin, lain kali, maskara akan dibuat dua bulan sekali sahaja buat aku rasa sedikit kecewa tapi rasa ok la juga. Sebab selepas bulan 3 aku dah ada extra tanggungjawab. Dengan baby, mungkin akan kerap miss maskara. Next maskara will be on June, Yay! dah habis pantang! boleh la pergi.

Owh bercerita tentang persembahan malam tu. Sangat-sangat sukakannya.

Kuchi menyanyi dengan gitar dan puisinya deep ok. The unborn pon dapat feel dia occay.

Adam Kasturi, seperti yang aku bincangkan dengan si hayazi, aku terasa seperti menonton Mirrormask - Neil Gaiman. Dengan lagu yang membawa aku ke zaman gua belajar di UK dulu. Otak aku tak tercapai ok. Puisi dia tahap dewata raya. Sesekali dictionnya persis Nasir Bilal Khan. Kapow!!!!

Jonos si pengantin baru, mocking Pyan Habib kah? mencuit hati aku dan harap En.Suami juga mahu Jadi PMMMMM.. (Papa Mithali)

Fynn Jamal, apa yang perlu aku katakan? Fynn ni pemikir yang penuh jiwa. Passionate. Nasyid yang Fynn dendangkan diakhir persembahannya tu aku tau. Tapi cuma dua rangkap pertama. Ni masa zaman-zaman sekolah menengah aku la. Jadi tak dapat la nak bernasyid bersama Fynn. Rangkapnya tak diulang-ulang. Jadi, Fynn la nasyid sorang-sorang. Aku dan nida sudah pakat awal-awal, by hook or by crook, nak juga ambil gambar dengan fynn. ;)

Pipi, argh.. malas la nak citer mamat kelakar nih. Naskah dia aku dah baca di blog, tapi lagi kelakar bila dengar dia bacakan sendiri. Dapat dengar separuh aje, sebab sibuk ber-camwhore dengan Nida.

Ana Raffali, persembahan yang aku tunggu-tunggu. Ok, gua stalk Ana dalam blog dan dalam youtube. Punya lah suka lagi dari tingkap kaca, sampai hafal. Keji occay. Ana diiringi oleh Aidit Alfian (gua jerit - Tapak sulaimaannnn!!!) dan seorang pemain Chello (aku ambil gambar dia utk Dila Raden), nampak pro gila la. Lepas persembahan, sempat bergambar dengan Ana dan mintak dia pegang perut gua supaya anak gua kalau dapat 10% of her talent pon ok lah. ;)

Maskara kali ini tak seperti maskara yang lain-lain. Makanan dapat tajaan daripada Katering Che Hassan yang menyediakan nasi ayam yang sangat sedap. Kedainya boleh didapati di Ampang Park.

Azzam Supardi, sebagai pengantara yang kelakar dan berjaya mengawal audien. Kalau datang lewat ke maskara, duduk la kat tingkap tu. ;) Jangan risau, datang aje sebelum maghrib, boleh solat di tingkat atas Rumah Pena. Lepas tu leh touch up mekap dan cop tempat duduk.

 
Posted by Picasa


Gambar-gambar cantik boleh dilihat di Sol-jah.

Diari Bakal Ibu: Penat

  • 3
Sebenarnya penat.
Jadi tak la update.

Cinta

  • 3
Cinta itu bukan sahaja di kala indah
Malah dikala gundah

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers