Ada apa dengan bola?

  • 6
Pagi ini pergi kerja berdua-duan dengan En.Suami. Sebenarnya aku suka pergi kerja dengan En.Suami. Kerana tak perlu la aku memandu.

Masa di satu simpang dari Hilton ke Jalan Utara-Barat, ada sebuah Avanza biru kobalt parkir di bahu jalan tiba-tiba menerjah ke kanan. Macam tak reti nak tengok kereta dari belakang clear ke tak. Memang rasa nak belasah la.

"Ish! macam tak reti drive aje" aku mendengus. Aku tak boleh nak marah lebih-lebih. Orang mengandung tak boleh marah sangat.

"Nasib baik Liverpool, kalau Man U tadi memang tak ada maaf lah!" En.Suami membalas.

Pergh.. En.Suami bersikap pemaaf? Pelik tu. Kenapa tiba-tiba naik nama pasukan bola Liga Inggeris pula ni? Aku ada salah sebut ke? Ke otak lelaki memang di wire-kan begitu? Semua benda akan short circuit ke slot bola kah?

En.Suami sambung, "Kalau Portsmouth boleh kalahkan Man U, dia rela sokong Portsmouth, asalkan Man U tak menang"

Duh!! Ampeh! Kesumat betul penyokong Arsenal ni pada Man U.

Kalau nak eksiden, bukan kira penyokong mana pun. Kereta gua juga yang kemek Haih!!

6 comments:

Unknown said...

Memang hubby tak naik AirAsia lah, bukan? Sebab AirAsia taja Man U.

cik puan daun said...

Tak tau la plak.. mungkin dia kesumat pada man u sahaja.. bukan pada penaja man u.. :)

Amyz! said...

Hahaha.
Kalau accident, sama-sama satu club pun bleh maafkan tak?

kaezrin said...

wakakaka...penyokong tegar arsenal mmg camtuh syura...sama macam hat kat rumah aku tuh

KZK said...

Syura kirim salam kat suami ko. Aku pun penyokong Arsenal since 1980 an. Zaman Tony Adam, Frank Stepleton & Ray Clemcence

Pekerja Kontrak said...

bakar aje MU tu.....

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers