Maskara 13 - Bam! Bam! Bam!

  • 3


Pastikan anda menghadirkan diri di Planet Pena, 7 Februari 2009. 8.30 malam untuk Maskara yang ke 13. Aku yang tengah sarat ni pun tak nak melepaskan peluang ini. Maskara bulan 3 belum tentu aku dapat pergi. Ahahaha. Ada Ana Rafali occay!!

The unborn pon teruja nak pergi. Kan??

Diari Bakal Ibu: Malamku III

Badan kadang-kadang rasa lenguh semacam. Bukan satu tempat. Tapi satu badan. Bila perasaan tu datang. Mulalah mintak jasa baik En.Suami mengurut. Kejap-kejap urut tapak kaki. Kemudian urut tapak tangan. Lepas tu urut belakang pulak. Bersabar je lah En.Suami ek? Bak kata mak mertua aku, "Lelaki dia merasa. Jadi dia tak tahu". Sangat betul. Cuma nak harapkan suami tu memahami apa yang kita rasa pun dah cukup bagus. Besar rahmat.

Sekarang terasa makin cepat penat. Lebih-lebih lagi waktu malam. Dah tak boleh berjaga ke pukul 12 malam. Pukul 11 dah tergolek. En.Suami tengok tv. Aku plak tertido atas duvet depan tv. Kadang-kadang masuk bilik tidur dulu.

Semalam aku tanya En.Suami, dia ada urut aku ke semalam? Dia kata ada. Aku tergelak. Aku ingatkan aku mimpi kena urut. Rupa-rupanya En.Suami urut belakang aku masa aku tgh mamai-mamai atas katil. Patut la lena aje tidur aku semalam.

"Habis awak ingat labah-labah ke urut?"

*Gelak*

Thanks Sayang.

Malamku II

  • 5
Macam ni la perasaan bila tidur lena di waktu malam. :)

Sangat best!!!

Diari Bakal Ibu: Barut Baby

  • 8
Bermula konon-konon sebagai projek aku. Tapi akhirnya mama yang jahitkan. Made from 100% Japanese Cotton untuk keselesaan baby. Sengaja di design depan lain belakang lain. Sayang Mama. Muahhsss!!!

 


Out of stock. (Tq Angah sebab borong.. Amyz, ko dah pregnant karang order baru laaaa) Ada extra kalau ada sapa-sapa berminat nak beli.
3 helai RM15. ( Tidak termasuk kos penghantaran )


Posted by Picasa

Malamku

Bukan tetiap hari aku masak. Semalam adalah Selasa, hari pasar malam. Jadi membeli di pasar malam sahajalah. Aku beli YongtauFu yang cukup-cukup makan berdua.

Kemudian rambang mata pula tengok ketam besar-besar. Beli la dua ekor. Berangan nak di lemak kuningkan. Ferrr.. Meleleh air liur aku. Agaknya penangan muntah sebelum masuk pasar malam.

Entah kenapa. Lepas aje aku parking kereta di tepi tapak pasar malam tu. Macam ada satu bau menusuk hidung aku. Buat aku tersedak dah batuk. Bila dah batuk-batuk tu. Mula la perut aku yang dah cramped with baby bagai dirodok-rodok. Yeah! aku muntah limau yang aku makan buat hilang loya dalam kereta tadi. Kapish. Habis semua. Tapi lega sangat-sangat. Yeah! hodoh sangat pemandangan seorang perempuan mengandung muntah di tepi jalan. Tapi nak buat macam mana. Owh!

Lepas makan malam YongTauFu, kepala aku sakit la plak. Jadi En.Suami suruh aku tido sambil teman dia tengok tv. Pukul 12 malam, En.Suami kejut. Tido atas katil proper. Tapi aku dah tak mengantuk. En.Suami kejap aje dah berdengkur. Lepas golek-golek, pukul 1.30pagi aku masih tak leh nak lelap. Tapi aku dok tengok En.Suami. Setiap kali dia beralih posisi. Muka dia mesti tersenyum. Comel la pulak. Mimpi apa la dia ek?

Masalahnya, bukan En.Suami yang comel. Aku ni haaa. Tak boleh nak lelap mata. Memang sekarang susah nak tido sket. Ish ish ish. Aku akan pasang side table lamp supaya aku boleh baca buku kalau tak dapat tido. Ni adalah azam dari 2 3 bulan yang lepas. Cuma malas nak cari kotak lampu di longgokan kotak hadiah kawin tu.

Haih!!

Tiada hala tuju

  • 17
Lambat sungguh aku ambil keputusan untuk memasak. Pukul 8 malam baru nak start memasak. Kejap rasa nak masak. Kejap rasa malas plak. Finally aku decide untuk memasak.

Gua masak telur dadar ( siap ada bawang tau.. setengah tahun gak aku tak makan bawang ), udang goreng dan bakchoy bersos tiram.

Cemerlang sungguh.

En.Suami masak nasi. Nasi kena pass pada En.Suami kerana beras kitorang dah persis mcm oasis bagi kutu beras. Ahahaha. En.Suami ni anal sket. Jadi pembasuhan beras akan jadi sempurna lah. Kalau aku yang basuh, mesti ada tertinggal kutu beras dalam nasi tu. En. Suami perfectionist. Aku plak, hentam keromo.

Lepas kenyang makan. En.Suami aku tak komplen apa pon. Bertuahnya aku dapat laki yang senang di jaga. Kalau aku boring-boring, aku offer la buatkan air kopi or milo panas.

Yeah.. aku sangat tak mithali. Suami sahaja yang mithali. ;)

Diari Bakal Ibu: Weekend yang malas

  • 5
Mandom aje. Perut aku rasa berat. Sepanjang weekend just lepak-lepak tengok tv. Dan tengok sket-sket persandingan mawi-ekin. Sangat huh kan??

En.Suami pula dah hooked dengan cerita Emperor of the Sea di Channel 303. Jadi utk bertolak-ansur. Slot 8.40-9.50 setiap Sabtu dan Ahad adalah untuk En.Suami. Yang lain-lain adalah untuk aku. ;)

Sayang.. ni bukan cerita yang sama Adik Haq ceritakan ke???

Diari Bakal Ibu: Aquarium

  • 8
Kadang-kadang perut aku rasa macam aquarium yang menempatkan seekor ikan yang berenang-renang dengan gembiranya sambil melibas-libaskan ekornya ke dinding.

Saat yang perlu dirai.

Tahun Baru yang Hangat II

  • 4
En.Suami bersuara

"Happy New Year!! Happy New Year!!"

Aku pandang En.Suami. Senyum-senyum.

"Sayang.. dah terlambat. 35 minit yang lalu pukul 12 tgh malam."

"Owh ek?"

Aku cubit pipi En.Suami, dan kami terus menonton cerita yang tah apa-apa di Astro.

Tahun Baru yang Hangat I

Malam tahun baru itu hangat. 15 minit sebelum tahun baru, aku bermain-main air dan sabun. Sempat menyarung baju sambil mendengar dentuman bunga api dari dalam bilik. Aku jenguk ke luar tingkap.

Tak nampak apa.

Cuma pucuk kelapa dan kehitaman malam.

Aku ke ruang tamu dan sertai En.Suami menonton tv di ruang tamu.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers