Badan kadang-kadang rasa lenguh semacam. Bukan satu tempat. Tapi satu badan. Bila perasaan tu datang. Mulalah mintak jasa baik En.Suami mengurut. Kejap-kejap urut tapak kaki. Kemudian urut tapak tangan. Lepas tu urut belakang pulak. Bersabar je lah En.Suami ek? Bak kata mak mertua aku, "Lelaki dia merasa. Jadi dia tak tahu". Sangat betul. Cuma nak harapkan suami tu memahami apa yang kita rasa pun dah cukup bagus. Besar rahmat.
Sekarang terasa makin cepat penat. Lebih-lebih lagi waktu malam. Dah tak boleh berjaga ke pukul 12 malam. Pukul 11 dah tergolek. En.Suami tengok tv. Aku plak tertido atas duvet depan tv. Kadang-kadang masuk bilik tidur dulu.
Semalam aku tanya En.Suami, dia ada urut aku ke semalam? Dia kata ada. Aku tergelak. Aku ingatkan aku mimpi kena urut. Rupa-rupanya En.Suami urut belakang aku masa aku tgh mamai-mamai atas katil. Patut la lena aje tidur aku semalam.
"Habis awak ingat labah-labah ke urut?"
*Gelak*
Thanks Sayang.
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
4 comments:
Dah dekat sangat dah ni. Boleh la buat air selusuh.
hi..
i edd on 24 march..baby boy :)
u baby boy ke baby girl?
Bile due Cik Puan?
tokR: nak kena tanya orang mcm mana nak buat air selusuh nih...
puan Nurul Afinie: nanti saya jawab ek?
Rantong: tq!
ili: due 18 march.. fer... 6 minggu je lebih kurang
Post a Comment