Ingat tak entri kek coklat yang aku masak dalam periuk nasi tu? Kepada sesiapa yang datang open house runcit-runcit rumah aku haritu. Kek coklat tu la yang aku hidangkan. Cumanya, aku belah tengah, letak creme cheese filling dan covered with chocolate ganache. Bunyi hebat macam tahap dewata raya, tapi hakikatnya ianya semudah google sahaja.
Resepi kek tu aku dah google lama. Dan itu adalah kali ke-3 aku cuba without fail. Resepi tu aku dapat daripada K-lynn. Ada juga resepi carrot cake dan oreo cheesecake yang belum aku cuba lagi. Tapi tu adalah resepi yang biasa K-lynn buat, jadi sudah tested kesedapan dan keberhasilannya.
Aku double the amount, untuk dapatkan kek yang tinggi sket. Supaya boleh belah tengah dan letak filling.
K-lynn juga ada bagitau yang resepi ni fleksible. Aku setuju sebab masa mula-mula buat aku takde susu cair. So aku letak dua sudu susu pekat dan air yang aku bancuh dengan sukatan susu cair tu. Dan aku kurangkan sedikit gula. Menjadi juga, kali pertama cuba dan menderhaka dengan resepi.
Apapun, silalah cuba resepi tu. InsyaAllah sedap. :)
5 comments:
Salam singgah.Singgahla di http://eyriqazz.blogspot.com
marveolus.. camna resepi senang nak buat filing cream cheese and coklat sadur tuer?
ella's
wahhh rajinnya dia update...i likeee i kan peminat you...
eh silap... ai kan peminat iqbal..
huhhh, menarik dan menyelerakan
Macam batu giling je ha ha!
Post a Comment