Periuk nasi yang ajaib...

  • 5
Antara hadiah kawin yang menjadi favourite aku tempohari adalah rice cooker. Bukan calang-calang rice cooker. Its a 1.8L MICROCOMPUTER RICE COOKER from Panasonic. Aku syak keluarga Mak Lang aku yang bagi. Sebab sepupu aku kerja di Panasonic. Kalau salah jangan terasa aaa. Tu lah. Bagi hadiah tak tulis nama. Banyak juga hadiah kawin aku yang tak bernama. Terkilan juga lah.

Itu bukan tujuan entri ini ditulis. Sejak periuk nasi zaman bujang aku bocor. Aku menggunakan periuk nasi yang bermikrokomputer ni. Cuma untuk masak nasi. Tapi Rice cooker ni ada juga tujuan lain. Kalau tak tak payah la tok nenek nak ber mikrokomputer kan? Ia jua boleh bake!!! Dalam ertikata lain. Aku boleh masak kek lah!!

Tetiba aku menggatal nak buat kek. Dibawah ini result dia. Total preparation time: 7 1/2 minutes. Aku ada rasa macam Nigella pon ia juga.

Kek ini akan dimakan oleh budak ofis Nuar dan aku. Sok aku akan masak satu lagi untuk mak mertua aku di Kuantan. Seronok sangat nak balik Kuantan ni.



5 comments:

ezham said...

nak resipi nak resipi!!!!

~wandie~ said...

wah sedap..nk sikit..

Nida Shaari said...

jangan lupa hadiahkan i periuk nasi mikrokomputer itu sempena majlis perkahwinan i nanti ya.

nanti i boleh bake dan bekalkan husband i untuk dia makan dengan kawan-kawan opis juga..

eerrr hadiah u, tunggu i balik honeymoon ye

Ahaks

MariahRohaini said...

Cik Daun, saya pun dapat hadiah periuk nasi ini masa kahwin, dah 6 tahun berjasa.. nanti bila Iqbal dah mula solid food.. buat porridge guna periuk ini juga sangat mudah.....

RashAtie said...

nak carik gak la satu.....

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers