Rumah tu syurga aku..

  • 12
Tengok rumah baru Kartini, sangat homey dan cantik occay.

Dalam hati terangat ingin la memiliki rumah sendiri. Tapi kami masih dalam tahap menstabilkan kedudukan ekonomi selepas 6 bulan gerhana. Tapi sangat gembira bagi pihak kawan-kawan yang lain. Yang kebanyakannya pada umur sekarang ini (malas nak sebut..) sudah sudah stabil (anak lebih daripada dua) dan memiliki rumah sendiri. Argh.. cemburu dengan aura yang positif. :)

Boleh dikatakan sekarang ni, aku dan nuar masih baru nak memulakan hidup. Dengan Iqbal pun aku ambil masa lama untuk get used to apetah lagi kehidupan sekarang generally. Lembab sungguh ko ni Syura. Ahahaha.

Orang kata kayuh pelan-pelan. As long as berkayuh, daripada tidak kemana-mana. Sekurangnya bergerak juga walaupun dalam aksi perlahan.

Sigh.. alhamdulillah. Syukur masih lagi ada tempat berteduh. Walaupun sewa, dan still tak siap. Maksud tak siap disini adalah perabot untuk ruang tamu pun tak settle. Cuma ada 2 seater couch dan TV. Meja makan pun belum ada lagi. Ehehehe.

Sebab tu saya teramat malu nak ajak orang datang kerumah. Ini adalah alasan untuk tidak membuat open house raya tahun ini. :P

12 comments:

Kartini said...

yg mengindah kan rumah tu ...org dalam rumah...bukan perabot dalam rumah...cume itu bonus la... nnt nak buat makan2 utk sijangkang girls ajek...for long gossip session okeh

cik puan daun said...

tinie: betul, yang penting hepi dengan kehidupan kita.

open house for sijangkang girls mmg sangat patut. Last sekali jumpa adalah masa open house rumah mak ko haritu. Potluck pun tak apa.. ahahaha

Nida Shaari said...

Bahagia yang sebenar bukan diukur daripada aset dan harta yang ada.

Babe, jangan risau tahun ni dan tahun depan dah ada orang offer nak buat open house. Lu datang aje.

Pnut said...

cik besan..wahhh cik besan katanya...

lu ingat tak masa dolu gue tinggal kat cheras?? rumah sewa kos rendah??? ape ada kat umah gue masa tu??? macam rumah kongsi je..

langsir pun koyak rabak, pakai pin beb

rileks.. bila dah stabil baru beli rumah.. kalau excited sgt nak beli sedangkan ekonomi kita tak berapa kukuh, kita akan silap.. kerana mgkn kita terbeli rumah over budget, rumah tak sesuai, dsbnya.. rileks tarik napas dan kumpul duit, udah cukup ongkosnya beli la...

ay_yusof said...

haha, saya pun berangan nak beli umah sendiri. bukan apa, umah sekarang ni sempit. tapi, tsk, tsk, kena sabar banyak2. sebab umah ni banyak kenangan

mizzwanda said...

k.daun..hehe jgn ckp kat k.as eh (dr asnita)..kitanya blog ka..malu giler kat dia kalau dia tau..dah la tah papa ja..hehe!!

Amyz! said...

ala.. ko dah masak sedap2 pun oke. tak kisah la pasal perabot ke, langsir ke, apa ke. haha.

teringat cam org dulu2 dtg rumah org sebab nak tgk langsir. haha.

Gerb said...

Setiap kali tengok deko bersama eric, berangan dapat rumah cantik mcm tu.

*Tengah semangat nak cat bilik.
Raya mood :)

Anonymous said...

Janji rumah itu syurgamu..Heheheheh

Yana Ismail said...

cantiknya rumah itu bgantung pd bahagianya org didalamnya :)..huhu

biasalah kak..mula2..

kaezrin said...

daun..ko nak beli rumah aku tak??

Haslina Hashim said...

Syura dan Nuar Sekeluarga,

Kami ingin mengucapkan Selmat Hari Raya, maaf zahir dan batin.Sorry tak boleh contact awak, hphone akak hilang semasa diragut dan dirompak minggu lepas.

Sampaikan salam aidil fitri untuk Adi dan Ina juga.

Semoga bergembira selalu.

Kak Na and Abg Salim sekeluarga.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers