Sahur dengan Iqbal

  • 3
Bila berdua-duaan dengan Iqbal, aku masih lagi tak berapa relaks. Kalau boleh aku nak dia tidur dan tak meragam buat hal. Supaya aku boleh buat kerja-kerja lain dengan tenang.

Tapi hari ini aku dah boleh bertenang dah. Masa bersahur, aku dengar Iqbal dah terjaga plak kat atas. Belum sempat letak lauk atas nasi, aku dah lari-lari naik atas.

Aku cuba tepuk-tepuk supaya dia tidur semula. Tapi jangan harap lah. Waktu-waktu biasa pun bukan pernah dapat tidur sambil bertepuk aje. Mesti nak dengan nenen or dalam buai. Jadiii.. aku angkut Iqbal turun bawah sekali. Letak atas tilam dia, masa tu mata dah terbukak luas la. Aku greet Iqbal, Assalamu'alaikum, untuk bagi dia mood ceria. Iqbal dah sengih-sengih dah.

Aku bagitau Iqbal yang aku nak sahur, dan pasang Disney channel. Wallahh!!! aku bersahur dengan gembira. Iqbal pun gembira. Dan habis settle aku sahur dengan kurma semua, Iqbal pun berak. Yeah!!!

Lepas cuci, aku biarkan dia main lagi. Tunggu azan Subuh untuk solat. Kemudian naik atas semula. Gomol-gomol Iqbal, bagi nenen, dan masukkan dia dalam buaian.

Dia tidur lena sampai pukul 7.30. Yeah, kami berdua gembira. Lepas hantar Iqbal ke nurseri. Aku pump susu, dapat 8oz. Double yeah!!!

Yang penting, aku dah selesa dan confident untuk jaga Iqbal seorang diri. Just embrace the moment dengan Iqbal. Bila gembira, pump susu pun dapat banyak. Alhamdulillah.

3 comments:

Nida Shaari said...

menantu ai tu memang budak baik..

i rasa nak letak la gambar iqbal ngan mertua dia kat blog.. tp nnt ada orang makan hati pulak..

hiks

Pnut said...

heppppp menantu sapa tu???????
cili mulut kang...
itu menantu aiii occay

Mar said...

Mujur ada Disney Channel.

Thanks to Disney Channel.

hehehehe.

Good boy, Iqbal.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers