Jadi aku kena pastikan yang Iqbal tidur tanpa gangguan sepanjang aku sahur dan harapannya sepanjang aku pump susu. Jadi aku beli baby monitor. Macam hebat la pula. Tapi harapannya membantu aku untuk monitor Iqbal sebelum dia melalak lagi kuat dan susah dipujuk.
Sebelum ni, aku memang tak tinggalkan Iqbal seorang dalam bilik. Mesti ada dalam aku nyer eyesight la. Mama pun pesan, jangan tinggalkan baby sorang-sorang. Nanti ada yang ganggu. Masa Iqbal dalam 1-4 bulan memang kalau tinggal aje menangis. Sekarang ni dia kuat sket la. Selepas kitorang buang saka dan buat pendinding ni.

Ini child unit. Letak dekat dengan Iqbal. Lebih kurang dalam 1.5 meter dari baby(source). Di lekatkan pada baby cot yang sekarnag ini merangkap sebagai tempat letak baju.

Ini parent unit. Letak di tingkat bawah.
Alhamdulillah, Iqbal tak banyak ragam. Setakat dua kali aku bersahur seorang diri, Iqbal masih bagi aku masa dalam 20 minit untuk bersahur. Cuma nak pump aje dia dok terjaga.
Sahur sorang memang sucks. Kini aku alami perasaan Nuar bersahur sepanjang tahun lepas. Karma ni.. Karma..
p/s: gambar sangat ampeh. Kena tukar hp ni... :P
8 comments:
2 tahun aku bersahur sorang. biasa je. Tapi tahun ni sahur sorang tiba-tiba aku rasa sucks
aikkk naper tak guna kamera niko u?
and kenapa ada pic baby cot je tapi tader pic menantu gue???
ni tunjuk gambar blur sbb ada niat nak tukar hp baru? :-p
tahun lepas gua sahur sengsorang kat asrama kolej, sambil cecah biskut dlm air susu, air mata leleh2. ahaha. gile emo.
Salam,
Selamat bersahur. Saya juga bersahur sendirian. Telan aja, mana yang boleh. :)
saka?pendinding? mcm nyebuk nak tahu ni.later ok?
bersyukur sbb umah kecik dan takde tingkat2. senang nak tgk anak.
ade ke benda macam ni? wow.
bagi pihak nuar plak..bertahun2 dulu sahur di kedai mamak sekitar dengkil-cyberjaya-putrajaya.. natijahnya..lali dah dgn masakan mamak huhuhu..kesannya..kalo blh elakkan, mmg sy elakan memamakkan diri.
time tuk tukar henpon baru.....claim for bday pezen la....
Post a Comment