Dalam kereta aku duduk dah senget-senget. Sakit every 3 minutes dah ni. Setiap kali sakit, aku letak kepala kat En.Suami. Aku suruh drive dengan berhemah. tengok every corner and bump. Tak apa nak ambil selekoh. Tapi bila contraction tu datang. Jalan lurus pon rasa seksa.
Elin call masa aku tengah sakit. Aku tak dapat cakap. Cuma dengar aje apa yang elin pesan. Be calm.
Aku jenis manusia yang punyai toleransi yang rendah terhadap kesakitan. Senang lebam. kesakitan daripada cucuk hujung jari untuk ambil darah pun mampu melekat sampai 3 4 hari. orang kata bersalin tu sakit. Sakit tu yang aku tak rasa mampu nak hadapi. Tapi aku nak bersalin normal. Aku nekad. Doa setiap hari supaya aku dapat hadapi kesakitan bersalin tu. Khatam buku Ina May, Guide to natural Childbirth. Sempat juga aku habiskan buku tu sebelum aku bersalin.
9.45 pagi.
Sampai di Hospital Serdang, bahagian Emergency. En.Suami ambil kerusi roda untuk hantar aku kedalam. Sampai-sampai, aku bagitau air ketuban aku dah turun.
Aku berdiri je. Sakit yang datang dah kerap-kerap dah. Dorang suruh aku duduk. Mana nak duduk? sakit sampai tak boleh nak duduk.
Kemudian, Nurse kat bahagian tu suruh aku kencing. Aku bagitau nurse yang aku dah start ada darah. Aku dapat katil di waiting area. Aku rasa tu tempat untuk menunggu sebelum masuk ke Labour room.
Nurse check bukaan aku dah berapa cm. Senak perut aku masa dia check tu. Siries, harap dia tak check kau selalu. Aku dengar nurse cakap dah 7 cm. Eh! mana nak minum air selusuh? Air selusuh dengan En.Suami kat luar. Aku ni kat dalam.
Dr plak check. Nasib la Dr perempuan yang kecik molek. Dia kata baru 5 cm la. Sekali lagi aku teringat air selusuh. Sebab nurse dah key in 7 cm. Aku dah leh masuk ke labour room.
Seorang nurse suruh aku duduk dalam wheelchair, dan sorong aku ke labour room 16. Aku sakit sangat tak boleh bersandar. Nurse suruh bersandar. Sambil tu aku rasa mcm loya-loya. Nur kata, biasa lah. Kadang-kadang sakit sangat sampai ada rasa nak muntah.
Sampai aje ke labour room 16. Muntah dah tertadah dalam kedua-dua belah tangan aku. Habis baju hot pink Hospital Serdang dengan sarapan aku pagi tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
No comments:
Post a Comment