Diari bakal Ibu: Setiap kisah kelahiran itu adalah unik, ini cerita aku - ep 4: Perlukah kau menggunting aku??

  • 12
Nurse bagi aku baju hot pink yang baru. Lepas tukar aku lepak atas katil di labour room yang boleh tahan besar la. Nurse pasangkan baby heartbeat monitor. Supaya dengar degup jantung baby. Dan bagitahu aku supaya sedut happy gas daripada mask kat kepala aku.

Tangan kiri aku pegang happy gas mask. Sambil aku dengar degup jantung baby. Sebenarnya kelakar plak dengar degup jantung baby tu. Masa tu sakit macam nak berak. Tapi aku tak sedut happy gas tu betul-betul. So aku tak berapa high lah.

Aku berkalih ke sebelah kanan. Yang buat aku panik adalah bila baby heartbeat monitor tu dah berbunyi dah. Rasa nak meneran semakin menjadi-jadi. Sebijik macam ko nak berak taik keras. Malas gua nak tulis sorok-sorok. Ahahaha. Aku tekan butang nurse call.

Lama gaks nurse nak datang. Bila sampai nurse suruh aku duduk telentang. Jangan mengiring ke kanan. Baby heartbeat monitor tu gagal berfungsi bila aku mengiring ke kanan.

Aku bagitau aku dah sakit sangat dah nih. Rasa nak berak. Ingatkan betul2 nak pi toilet. Bila nurse check. Dia prep aku untuk meneran. Bila sakit. Teran. Bukan teran bila tak sakit. Ahaks. berapa banyak chapter dalam Ina May tu aku tak dapat tangkap plak kena meneran bila sakit. Budus sungguh.

Aku rasa bukaaan aku dah ready gamaknya. Nurse tak bagitau pon dah 10 cm ke idak. Nurse suruh teran macam nak berak. Aku sempat lagi memikir, apa jadi bila aku teran. Bukan kuar baby. tapi keluar tahi aje. Walaupun disaat-saat genting ni aku sempat berfikir yang bukan-bukan.

Satu set push-push. Tak ada apa jadi. tapi set push-push kedua, nurse bagitau yang dia akan gunting!!! Kenapa dia bagitau aku yang dia nak gunting??? Tak bagi tau tak boleh ke?

... Kalau tak gunting tak boleh kee????

12 comments:

fareesha79 said...

masa aku bersalin, nurse tak bagitahu pun dia nak gunting. tapi aku rasa dia gunting tu, bunyi gunting tu... tapi mmg tak sakit kan??? sbb sakit contraction tu dah mengatasi segalanya.

Anonymous said...

aduh..sakit kah??mcm mn nk hadapi nih..

Raihan Shaari said...

sakit bersalin memang sakit, tapi doa sakit jangan lama.K.An dah rasa sakit biasa2, tak sakit, scissors, sakit laaama dan setelah abis pantang kita akan lupa semua sakit tu dan nak beranak lagi..hihih...percayalah

Feeyona said...

gunting apa ni?
kena bedah ke?

Angah said...

Epesiotomi dah jadi kelaziman kat sepital msia nih..macam menyampah jek kan..

padahal ada jer cara untuk elakkan gunting menggunting ni...urutan penerium namanyer..

ntah malas ntah nak cepat ntah tak tau..

sangat mencik tau huhuhu

Amyz! said...

Damn it. details ni buat gua berdebar-debar nak mengandung. wakakakaka..

tetiba rindu kat iqbal wafiq yg comel. muah! muah!

Nida Shaari said...

aiyork!!!

aku baca entry kau sambil kepit-kepit. Ngilu weh.

Dengar cerita kak Shila pun sama.

Korang buat aku rasa nak kepit-kepit aja..

Ha ha ha

tasekM said...

kayusakti, tak tergamak rasanya nk jawab soalan tu. ha ha.

aku haram tak rasa semua tu daun. dah keluor ikut tingkap. haih~

.

Feeyona said...

tasikmerah,

maafkan la hamba yang serba kekurangan ini.

RieNa said...

daun,
aku berdebar2 baca crita ko ni..
jantung aku berdegup kencang.
baby pun bergerak sakan.
mcm dia nak kata," rileks ummi, nanti sampai turn ummi pulak!"


uwaa!! takut!!

cik puan daun said...

huda: lagi bagus kalau nurse tak bagitau.. kalau dak dah aku terfikir-fikir yang bukan2.. ahahah

izzti: sakit.. tapi bukan sakit yang tak tertanggung.. insyaAllah.. boleh ditanggung..

K.An: Betul kak.. mmg doa banyak-banyak jangan sakit lama. Ada tu yang sehari sebelum dah sakit.. tapi tak beranak-beranak lagi...

Nett: gunting vagina.. penerangan ada di entri seterusnya..

Angah: Tu la.. mcm dah jadi procedure plak.. apa-apa gunting je dulu.. Pendapat aku, sure la vagina kita boleh cater untuk baby birth kan? Allah jadikan kelahiran tu dengan keupayaan untuk melahirkan juga kan?

cik puan daun said...

Amyz: aku pon berdebar-debar sangat sebelum ni.. tapi aku rasa.. berdebar-debar mana pon.. bila sampai masanya.. kita perempuan ni insyaAllah mampu hadapinya!!!

nida: ahahaha.. bila sampai masanya.. ko takleh kepit2 tau.. ahahaha

tasik: ni nak tunggu adik Muhammad Cerdik nih.. ameen Ya rabb..

Nett: ahahaha

Riena: baca la buat tambah ilmu.. aku baca buku Guide to Natural Childbirth untuk hilangkan takut aku tu.. takut tetap ada.. cuma aku lebih confident dengan kemampuan diri aku.. :)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers