1 march 2009. 7 pagi.
Aku terlelap lebih pagi tu. Terbangun bila rasa mcm nak period. Macam tak ada kawalan pada pundi kencing. (ya ya.. kami perempuan mengandung sudah semestinya tiada kawalan terhadap pundi kencing, tapi ini lebih daripada kebiasaan) Aku bangun dan pergi bilik air. Lebih kurang pukul 7.15 pagi. Lepas tu aku rasa macam tak habis-habis pula. Setiap step aku, air turun. Bukan air ketuban turun macam bah ke?
Aku tanya mama, ni tanda nak bersalin ke? Mama yang tengah menjahit sarung bantal baby masa tu, tanya, "Air yang keluar tu bau hanyir ke tak?" Aku pi hidu balik air yang menceceh kat lantai masa aku keluar daripada toilet. Tak ada bau apa. Aku suruh En.Suami google, apa bau air ketuban. jawapan yang dijumpai adalah tak berbau dan ada juga yang kata berbau hanyir.
Ok! air ketuban aku tak ada bau. Aku siap-siap pakai pad. Mama kata, mungkin lah dah nak bersalin. Huh??? Mana aku sedia nak bersalin? tapi beg persedian ke hospital dah ada. Mungkin lah aku bersedia. tapi dari segi beg aje lah. Minda aku ni dah ready ke belom? Mungkin sebab I was caught off guard. Otak aku terus switch to bersalin mode. Masa ni aku dah time setiap kali aku rasa sakit. Once every 10 minutes.
Mama suruh aku mandi. Aku siap-siap mandi dan cuci rambut lagi. Ayah keluar beli sarapan. En.Suami google macam mana nak buat air selusuh. Aku cuba call Ika. Tak angkat plak.
Aku turun sarapan. Makcu aku yang keje Staff Nurse kat HTAR datang. Check-check aku sket. Dan confirm-kan sekali lagi. Ya! sudah tiba masanya. Ayah aku dah bising-bising suruh cepat pergi hospital. Aku, mama dan makcu siap relaks-kan ayah. Pakcu pon sempat datang. Jiha tolong keringkan rambut aku sementara aku makan roti canai.
Air selusuh siap. "Bila nak minum air selusuh ni? Sekarang ke?" tanya aku pada Makcu. "Jangan dulu, tunggu 5 cm bukak baru minum. Karang ko dah rasa sakit nak meneran, tapi bukaan belum settle lagi"
Makcu pesan, "Apa-apa pun bila sakit, baca la Ila ha illa anta, subhanaka inni kuntum minaz zolimin, masa tu ko takkan ingat ayat berjela-jela"
Selepas sarapan, aku sempat call ika, lepas dapat 3 misscall. Aku dah nak bersalin!!! Sempat cerita dan gelak-gelak bodoh dalam situasi ni.
Ayah tak habis-habis nak gesa kitorang pergi cepat. 8.30 pagi, aku, En,Suami dan Jiha, adik pompuan aku, bergerak dari Si_jangkang ke Hospital Serdang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
2 comments:
aku bersalin, tak pecah ketuban pun. doktor yang pecahkan ketuban. aku rasa sakit2 yg kerap je dulu. malam sakit, siang ok. 3 kali ulang alik hospital baru beranak.
sampai tiga kali berulang hospital? aduhai lah.. biasalah.. anak pertama.. mana la kita tau ni sakit nak bersalin ke apa kan??
Post a Comment