Raya: yang basah dah lepak

  • 2
Raya haji di kampung aku. Cuaca mmg sangat mandom. Hujan sepanjang hari. Becak-becak tanah kebun. Tapi kitorang pon bukan beraya. Cuma berehat-rehat di rumah.

Berpagi-pagi lagi aku dah menyapu blueberry spread di atas cheesecake yang aku bakar semalam. Spring form tak jumpa. Jadi, guna aje lah loyang biasa. Yang penting rasanya sama aje. Sedap. Sebelum turun fajar, dah habis licin dah. Good!

Mama masak nasi impit, kuah kacang, lodeh dan ayam masak kicap. Awal-awal pagi aku bersarapan. En. Suami demam. Masa raya kat rumah mak dia, aku sakit. Masa raya kat rumah mak aku, dia pulak sakit. Nasib ada doktor dan klinik homopati kat rumah. Malamnya En.Suami dah rasa ok. Alhamdulillah.

Raya ni, melayan Nabil and Deja aje lah. Bila dah pandai bercakap ni. Rasa geram ajeee..

Nabil: Nabil nak banyak-banyak!!
Aku: Nabil.. jangan gitu, tak elok tamak-tamak
Nabil: Eiiii cakap 'tamakkk'.. tak baikkkkk.. berdosaaaa (dengan moncong-moncong)
Aku: Habis tu Nabil tamak.. tak berdosa ke?
Nabil: Eiiiiii cakap 'tamak' lagiiiii... tak baikk... berdosaaaa....
Aku: Huh!!!!

2 comments:

Koben said...

agaknya dari mana dia belajar ckp tamak itu dosa.. pandai sungguh dia.. interesting how kid can learn

cik puan daun said...

budak-budak mmg akan clever kalau di ajar dengan baik.. :)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers