Selepas episod muntah-muntah sepanjang hari pada first trimester (bermaksud 3 bulan pertama proses pengadungan), aku mula teringin makan mangga. Ko tau perasaan bila ko tengok mangga di pokok orang dan ko rasa leley. Dan sungguh bertuah, setiap hari aku rasa perasaan tu bila lalu di kawasan perumahan dalam perjalanan pergi kerja aku. Sangat-sangat bertuah.
Perasaan tu datang dan pergi. Tapi tetap akan datang semula. Aku rasa En.Suami mengharap diam-diam mungkin didalam hatinya, craving aku terhadap mangga muda ni akan pergi. Sebab bila aku merengek nakkan mangga muda bukanlah pemandangan yang indah. En. Suami cepat tertekan bila tengok aku dah keluarkan moncong ala-ala merajuk.
Sebenarnya bukan pada En.Suami sahaja. Seluruh ahli keluarga yang ada di kampung pon aku harrass. Kalau-kalau kawan-kawan mereka ada pokok mangga yang boleh di beri untuk justify craving aku.
Bukan tak dapat mangga. Dapat. Tapi mangga yang tak masam adalah bukan mangga. Macam makan timun aje. Ape kes? Tak. Tak acceptable.
Sampai lah aku ke rumah Sal. Bila aku terpandang ada beberapa bji mangga bergayutan. Dan aku pon dengan leley-leley. "Sal... ada manggaa. Aku nak satu. Dah lama sangat nakkkkkkkkk". Dengan usaha pongkes dan lompat-lompat Sal, aku dapat sebiji mangga tapi pecah sket. Tak apa.
Malangnyaa.. aku terlupa bawak balik ke kampung weekend tu. Tapi yang best, ayah ada belikan mangga muda daripada Perak. Mama kata, ayah insist juga nak beli walaupun mama kata, bukan itu yang aku nak. Mama sangat spot on. Tapi aku lenjan juga. Terharu siot ayah belikan mangga untuk anak perempuan sulong yang bunting. Ahahaha.
Ada pokok mangga kat kampung. Cumanya, terlalu tinggi dan tak ada galah yang cukup panjang. Yang menarik, bila aku tengok didapur keesokan harinya. Ada sebesen mangga muda di sinki. Rupa-rupanya En.Suami di kerah mama supaya sambung batang pokok bunga kantan untuk jadi galah mengait mangga. Siap kena sengat dengan apa tah. Cian dia.. Tq sayang!!
Yay! makan sampai sakit gusi.
Owh! Mangga Sal kitorang makan pada hari Isnin. Dan aku nobatkan mangga Sal adalah yang terbaik untuk makan dikala muda. Isi tebal dan cukup masam. En.Suami yang tolong habiskan dengan jayanya.
Kitorang cadang nak pergi tut pokok mangga tu. Tanam di belakang rumah. Besarnya cita-cita. Atau tak.
Maka, berakhirlah episod craving for mangga muda aku. Apa pula la selepas ini. Jangan la yang susah-susah nak di cari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
4 comments:
sebesen mangga?? hahahahah... takpe.. time preggy segalanya mungkin.. :)
Tiba-tiba teringin mangga lepas baca entry ni.. Fuh.. Fuh..
theconfused: mangga ada sebesen.. makan cuma 4 biji.. eheheh
ili: yeahh.. mari sama-sama kecur air liur dengan mangga muda.. mantop!!
Selalulah jugak mengidam tak berisi buah mangga muda ni..Mmg Peberet..Ni tgh ngidam tak berisi buah berangan plak..Panas2 baru goreng tu..dgn aromanya..Pergh... Hehheehe
Post a Comment