• 7
Sesal dahulu pendapatan.. Sesal kemudian.. tak dapat gaji???

Sekarang macam habit pula untuk aku berkata ya dan kemudian menyesal.

Teman serumah aku, (sekarang sudah bekas) ingin mengadakan kenduri kahwin versi biasa-biasa. Suatu hari selepas 2 minggu tanpa khabar berita, menghubungi aku melalui telefon.

“Syura, kita nak minta tolong awak. Boleh tak awak buatkan pulut kuning untuk kenduri kahwin kita”
“Owh.. ok”

Kemudian aku hentak-hentak kepala aku pada dinding. Dengan sibuk untuk persiapan kenduri sendiri yang ala-ala ‘Do it youself’ aku. Ada hati nak memulut kuning pula. Mulia sangat diriku ini.

Aku end up bangun pagi dan bertahan supaya tidak tidur semula seperti kebiasaan dan membuat pulut kuning. Membentuknya menjadi sebuah kek dan menghiasnya. Menghantar ke rumah dan menghadiri kenduri kahwin biasa-biasanya itu.

Kawan-kawan aku termasuk En. A wak juga suka pulut kuning lahir dari keterpaksaan yang berkepuk-kepuk.

Owh, lagi satu bila seorang mamat online botak ini bertanyakan pada aku. Adakah aku berminat untuk menyertai projek bukunya. Dan aku berkata. Yups!
Sekali lagi dinding tu merasa kepala aku.

P/s: untuk En. Awak, persetujuan saya mengahwini awak tidak terus diiringi dengan adegan hantuk dinding. Hantuk dinding dalam 2 3 bulan sebelum ni tidak dikira tau!

7 comments:

Kemat said...

selalunya orang lepas kawen laa hantuk dinding..menyesal...kahwin...lambat...kalau tau kawen tu best mesti dah lama kawen..heheh

June said...

Takpe, lepas kahwin, kau main hantuk2 kepala dgn hubby.

Ok?

up on my forehead said...

you pressured? you pressured??? bak kata makcik bella.

hmm hantuk2 time tidur kah???? no wonder bising tembok tuh bila time kau tidur hahaahhaa. rupanya ngigau2 lagi hentak2 tembok eh?

tasekM said...

kalau ko minat hantuk-hantuk ni daun .. dtg la umah kita... kita tengah proses nk robohkan dinding bilik belakang... jimat sikit kos... ehehehhe...

KodeeXII said...

hantuk.. jangan tak hantuk..

sinaganaga said...

Aaa... boleh buatkan air untuk kami di Maskara!

Ha ha. Aku dah tahu jawapan kau, "Yeup! Ok!"

A t i Q a h said...

Nanti orang tengok dahi akak, orang kata,"Wow, gadis ni mesti kuat ibadah la."

the he he

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers