tepi kain

  • 11
Tagged tepi kain orang



Tagged by Nida. Gadis sepi kesayangan aku ini. Maaf ya sayang, saya tak dapat selalu bersama seperti dulu. Saya dalam proses untuk mencari teman sebilik kekal. Ok, here it goes.

Dompet adalah kehidupan peribadi pemegangnya. Sama macam menggeledah tong sampah untuk mencari bukti bf anda bermain kayu tiga. Seluruh kehidupan aku berputar di dompet ini.

Resit & jumlah wang aku tidak akan nyatakan. Aku tak mahu orang yang membaca rasa cemburu dan rendah diri dengan kehidupan aku yang dramatik. Untuk jadi dramatik, pastikan ada penonton setia. :P



1. Kad pengenalan yang masih panas dari oven. AKu siap beli cover daripada pakcik dipasar malam. Sebab masa nak buat passport, gadis kaunter tu dapati cip IC aku rosak. Kena turun bawah buat IC baru. Ampeh!

2. Driving license. Yang bergambar dan tidak.

3. Kad bonuslink ( Mamat Bangla Shell tu kata rosak jugak.. deng!)

4. Privilege Card Shushi King

5. Jusco Card

6. Maybank Card baru tukar baru. Sumber segala kemewahan yang aku ada. Har har har. Haritu chip rosak jugak. Ni apa pasal byk sangat chip rosak ni? Aku ni ada kuasa radioactiv ke?

7. HSBC Visa Goldcard - Ni takat untuk kumpul point aje.

8. Supplimentary HSBC Mastercard Silver - percaya laaaaaaaaaaaaa... ahahaha

9. Real Rewards card. Ni aku sendiri pun tak tau aku ada kad ni.

10. Metrojaya Privilege Card. Dapat extra discount bila ada sale!!

11. RHB Card - Sumber segala ketidakmewahan aku dulu. Ada rm 20 je kot dalam ni.

12. Craft Haven membership card. Percubaan aku untuk jadi crafty dan seni.

13. Medical card aku

14. Resit beli cincin nikah. En. Awak beli, aku simpan.

15. Resit-resit Maybank yang menunjukkan baki yang sangat mengujakan

16. Resit beli barang di Home & Harmony - Cadar pengantin. Woooo!!

17. Resit beli hadiah birthday yang sudah lepas untuk Amyz

18. Resit beli barang kat Craft Haven

19. Resit parking midvalley

18. Resit tol ke KLIA yang aku lupa nak claim.

19. Resit beli goodies untuk kenduri

20. Resit bayar deposit Pelamin dan Mekap Mak Andam

21. Setem RM10 sekeping dan RM 1 sekeping dan Stiker Mel Udara yang tak jadi digunakan. Leh ke aku tukar setem tu kepada setem 20 sen?

22. Kad warranty jam SOlvil Titus

23. Kalendar 2008 daripada seorang buta yang di escort di kedai sup depan rumah aku.

24. Kad ahli Alfio Raldo.

25. Duit. Aku pengeluar cash keras. I love the smell.

26. Gambar aku, sungguh self obsessed. Gambar passport, versi lama, baru (yang cantik) dan gambar utk lesen memandu. Owh! aku tidak simpan gambar En. Awak. Hati aku ada ruang khas untuk itu.


Sekarang mesti orang sedang analisis seluruh kehidupan aku. Aku akan biarkan korang dengan imaginasi liar itu. Ahahaha.

Handbag?

Korang takkan nak tau apa yang ada dalam handbag aku.

Aku tag:

1. Ika
2. mardee
3. Elin
4. ress-apriel.blogspot.com
5. taf teh & jimi

11 comments:

ayobkelubi said...

berapa banyak resit ko simpan daaaaa

Nida Shaari said...

aku suspek henbeg ko ada sesuatu yang jadi penyebab semua cip rosak.

So. Tukar la henbeg baru..

sebagai contoh henbeg warna terquaze (ntah apa ejaan betul dia).. hik hik hik..

fareesha79 said...

aku rasa ko punya purse tu ada butang magnet yg merosakkan cip kad2 ko...

kaezrin said...

perlu ker aku buat tag nih..aku malas buleh??

Amyz! said...

Penting simpan resit ni Yob. Leh buat claim. Harhar.

tasekM said...

daun.. bahagian magnetic kad tu jgn bg dekat dgn kad yg lain.. tu la rosak..

cik puan daun said...

ayob: banyak resit..kenapa aku simpan.. ntah.. habit.. ahahah

nida: betul betul.. ko yang diagnose betul.. handbag bermagnet aku ni mmg ampeh... bila dapat handbag baru.. aku kan lekat kat peti sejuk.. jadikan fridge magnet

fareesha: yeahh.. kena jaga bebaik aa... jadi bukan aku ni radioactiv?

elin: tak nak sudah.. *merajuk*

amyz: resit aku buat kenang-kenangan

tasik: susah gitu.. kena ada 20 dompet utk kad2 magnetik yang lain.. ehehehe..

sinaganaga said...

Kalau dah kahwin nanti - masih nak tolong buatkan air untuk kami tak?

lovers-sinners said...

mak aih..ramainya resit..meriah

:D

KodeeXII said...

salam

hahahaah... teringat aku.. pernah aku jumpa gambor ths dalam wallet aku.. hahahahaha..

Tok Rimau said...

Mungkin tidak dalam dompet. Tapi..

Berapa gb gambar + video, En Awak dalam henpon kau?

Friendly Reminder: Deadline. 1 April is around the corner.

-Diktator Gangguan Teksual.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers