• 9
K-Ei8ht

"Mama, tak payah lah baca buku ni. Tak sesuai untuk mama"

Mak aku belek-belek K-Ei8ht yang adik aku habis baca. Sebenarnya mak aku nak sambung jahit tempahan baju. Bila aku cakap begitu, tercabar gaknya. Mak aku pon baca la K-Ei8ht tu. Alamak, macam mana la kalau sampai ke area yang ada perkataan vulgar pergaduhan rumahtangga si Jigo tu.

Pagi ni. Aku dapat sms. Ucapan valentine kot.

"Ulasan K-Ei8ht di Wasilah mukasurat 22" dari mak aku.

Aku terus forward kepada ahli-ahli Soljah yang aku ada nombornya. Persoalannya, macam mana nak beli suratkhabar Mingguan Wasilah tu?

Aku pon tak tau. Ayah aku mgkn beli daripada kedai suratkhabar pekan Batu 1 kg aku atau di Pasar Pandamaran. Mungkin di Taman Malewar ada kots.

Naga kata Jimadishah yang buat ulasan tu. Owh. Mak aku kata dapat 4 bintang dilangit. Wooooo!

9 comments:

sinaganaga said...

Kim salam kat mak kau tau! Dengan pesanan, lain kali makcik tak payah kongsi buku2 terbitan kami dengan Cik Daun lagi - makcik melanggan terus saja dari kami ya!

Hidup makcik! Panjang umur makcik! Aaa, tahun ni pangkah apa?

Ha ha.

jiGOMorrison said...

Ha ha!!

Hai mak cik, saya Jigo. Isteri saya kerja penyelia asrama di sekolah anak mak cik.

Ha ha!!

Tak, mak cik! Saya baik-baik saja dengan isteri saya. Tak pernah, err, jarang gaduh-gaduh!

Kalau gaduh-gaduh tak ada carut-carut, baling-baling pinggan. Hempas-hempas barang tu ada la, sekali-sekala.

Biasalah mak cik, hidup berumahtangga.

Tak, semua yang saya tulis tu fiksyen. Saya tak tulis autobiografi.

Ha ha!!

1 said...

ya, ya, empat bintang di langit. kebetulan hari menulis itu jimadie shah menjadi orang yang sangat pemurah. haha.

saya sendiri tak tau nak cari paper tu kat mana. dekat tempat sy cuma jumpa di sebuah kedai mamak di puchong perdana. biasanya di mana ada jual harakah dan siasah, di situ ada wasilah.

kamu semua bagi berapa bintang?

jiGOMorrison said...

Aku tau mana nak cari Mingguan Wasilah tu. Kat Masjid Bangsar esok, kat bucu pintu masuk ada gerai yang jual Harakah. Manalah tau, kot-kot ada terselit Wasilah.

cik puan daun said...

NaGe: aku akan sampaikan.. wooo.. nak tambah customer base soljah yach? takper.. Kalau berkongsi lebih meriah.. ahahah..

jigo: buat pernyataan2 boombastik aaaa.. ahahaha.. sure mak aku kenal punya la borg.. kalau mak tau sure trauma.. ahahaha

jimadieshah: saya bagi 4 bintang juga. Bukan overated, tp kei8ht on of the best daripada soljah.

mmg susah sket nak cari mingguan wasilah tu. dii kampung senang la cari.. Kat KL ni, i have no idea.

jigo: pastikan harakah + siasah dijual.. baru ada wasilah..

kalau harakah aje.. kemungkinan besar wasilah tak dijual..

kena pakai formula diatas.. sebab kedai runcit dpn umah aku jual harakah.. tapi tak jual wasilah.. bila aku tanya .. orang kedai tu tanya aku balik "majalah ke?" Ampeh.. ahaha

Tok Rimau said...

daun,
Penting. Hubungi tokrimau@gmail(dot)com jika anda berminat dengan projek buku: antologi entri-entri blog blogger terpilih.

Saya harap anda sudi turut serta.

Editor Buletin MySL TC said...

cik daun dan kawan2,
ada satu benda nak kasi betul. sebenarnya 4 bintang tu, bukan 4 daripda 5, tapi 4 daripada 15 sebenarnya. soljah semua salah sangka dan syok sendiri ni. hahaha.

cik puan daun said...

jimadie: kalah 4 bintang daripada 15.. lebih fail daripada fail..

earth to soljah... earth to soljah

sinaganaga said...

Kami menulis untuk bergembir. So, kami tak kisah berapa bintang daa! Ha ha.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers