jong

  • 13
Aku tak tau dimana Jongkang-Jongket aku menghilang??

Ada sapa yang pinjam?

fifth

  • 7
Eh.. It doesnt skip the Fifth.

Bahu syidah aku tepuk. "Welcome to the Club. Tak sia-sia ko rajin tgk MTV dan hafal lagu Avril Lavinge"

Semalam, hari terakhir Syidah jadi bibik dirumah.

Harini Syidah yang besar-besar dan bersuara halilintar mandaftar di IPT Kebangsaan. Ambil jurusan English. Akhirnya ada juga yang pecah tradisi keluarga. Sekarang anak-anak ayah aku bukan sahaja keluar daripada Universiti Sanjungan Bangsa. Anak ayah dah ada yang belajar di Pusat Ilmu Terpilih.

Walaupun ada notis satu hari sahaja untuk bersiap. Syidah tak kalut. Barang-barang dari asrama dulu masih elok dalam beg.

All the best for adik aku. Eh! Aku lupa nak pesan. Apa yang dia akan alami selepas ini tidak la seperti dalam filem 'Kuliah Cinta' atau Sitcom 'Dunia Baru'.

nana

  • 5
Belasungkawa - Cik Nana

"Daun.. ada apa-apa yang boleh aku tolong?"

"Ahaaa.. Tolong tampal nombor kat meja. Nah."

Aku hulur nombor-nombor tulisan tangan pada Nana. Masa tu tak sampai sepuluh minit dia sampai. Gathering GJ di Putrajaya 2006.

Nombor-nombor atas meja dewan tu. Nana yang susun. Supaya semua orang duduk dan dapat mingle around. Nombor tu bukan batasan. Walaupun aku duduk di meja lain. Aku tetap akan merayap especially ke meja Nana untuk buat bising. All the uuuuhhhh and aaaaahhh in the gathering mostly comes from her.

Aku cuma kenal dia dari luaran. Tak pernah nak kenal dia dalam-dalam. Semuanya masa aktiviti GJ. Cuma kenal dia dari LUAR. Tetap. Cukup menyentuh hati aku. Dan orang lain.

Semalam dia pergi. Hati aku sebal. Aku tak dapat nak rasa apa-apa.

Tapi harini aku sebak. Air mata yang dari mana datang pun aku tak tahu. Dari hati yang rasa kehilangan. Semoga rohnya berada di kalangan orang yang beriman. Alfatihah buat Nana.

You'll be missed.

in depth

  • 3
In depth..

Sebut sampai otak tepu.

Roda

  • 20
Roda

Hidup ni macam roda. Aku rasa roda aku berputar dan terkena tuah 27 tahun sekali. Dan sekali itu adalah pada Sabtu lepas. Bila nombor aku naik pada cabutan bertuan Makan Malam Tahunan company aku. (definisi Tahunan adalah sepuluh tahun sekali dalam konteks company nih).

126.

Aku tak pernah bertuah mcm ni. I was almost histerical. Ahahaha. Being a drama queen  dan 'poyo gedik'. I supposed to act as one.

Sebab di tangan aku ada Motorola Razor V3.

Mungkin kena tunggu lagi 27 tahun untuk roda aku berputar di tempat yang sama. Semula.

Bila saat paling bertuah anda?

join them

  • 5
Cucian dari dalam

Ok, aku akan kurangkan pembebelan. Dorang mmg tak mkn saman. If you cant beat them, JOIN them. Ahahahaha.

Jom sama-sama jadi ignorant.

resepi sambal tumis

  • 5
Cooking Therapy

Projek baru aku ni, mengambil banyak masa aku. Perjalanannya, 2 1/2 jam aku berada atas jalan cuma utk memandu. Aku perlukan stress reliever. Semalam, aku masak sambal tumis kerang. Walaupun badan aku penat. Aku rasa best.

Dah lama aku tak letak resepi. Resepi ni resepi yang aku guna selama ni. Jadi, sesapa yang nak belajar. Gunalah resepi ni. :) Apa-apa pon memasak ni, tak perlu tau semua. Cuma kuasai basic cooking. Yang lenlain tu. Improvise aje.

+++++++++++++++++++++++
Aku byk kene buat technical documentation utk projek nih.. Jadi tak berapa dapat menulis panjang2..  Ko ada tulis ko nak resepi sambal tumis telur kan?  ekcelli.. sambal tumis ada satu standard resepi.. so, ko amik resepi ni.. kalau nak buat apa2 yang bersambal, meaning cili boh.. guna ni..

Sambal tumis (Basic)

bahan blender
1 shallot
3 ulas garlic
15 biji cili kering ( kalau ada cili boh.. dalam 7 sudu)
belacan (kalau ada) besar ibu jari ko
__________
1/2 shallot di mayang ( dihiris) utk diletakkan later
3 sudu air asam jawa (kalau tak ada letak lemon/cuka, tapi asam jawa ttp the best)
2 sudu gula
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumis bahan blender. Sampai garing. Garing bermaksud daripada berair2 dia jadi paste pekat. Tingga paste pekat tu dan minyak. Kalau sambal kurang garing. Dia jadi pedas tak tentu pasal. Jadi, better ko sabar sket tunggu sambal tu garing. Worth waiting la bebeh.
2. Masukkan air asam jawa, kalau kurang cair.. letak air dalam 1/2 cup.
3. Letak gula. ko akan perasan, lepas aje ko letak gula. sambal ko jadi merah dan nampak yummy. letak garam and bahan perasa kalau ko suka.
4. Masukkan bawang yang dimayang
5. Masukkan lauk penama sambal. kalau sambal tumis telur, letak telur. sambal ikan bilis.. letak ikan bilis.. kalau sambal udang.. letak udang.

Tips:
Telur:
1. Telur rebus, lepas rebus goreng telur tu dalam minyak yang sket. Cuma nak bagi permukaan dia jadi menggerutu gitu. Golek-golekan aje dalam minyak tu. Tak perlu rata.
2. Telur goreng. Boleh juga letak telur mata kerbau dalam sambal tumis.
3. Poaching telur dalam sambal. Ini aku dapat daripada makcik aku. Lepas sambal siap, Biarkan api, then masukkan pecahkan telur dalam sambal. Tapi ko jangan kacau sambal tu macam nak gila. Just fold it slowly. Biasanya 3 biji telur dalam satu hidangan.

Ikan bilis:
1. Goreng ikan bilis sampai garing. Sambal ikan bilis yang aku suka, sambalnya pekat. Kalau ko terlebih air dalam sambal, jangan risau. Tunggu je sampai airnya kering sket. Ikan bilis letak last sekali. Jadi ikan bilis masih lagi rangup bila dimakan. Aku tak suka ikan bilis yang soggy.
2. Kalau ko kekurangan ikan bilis. Yer la, kalau nak goreng dan masukkan dalam sambal tak nampak elok. Better ikan bilis tu ko blender sekali dengan bahan blender. Jadi sambal ko nampak kosong. Tapi rasa sedap tak hengat. :). Udang kering pon boleh juga.

Seafood (Udang/Kerang/Sotong):
1. Seafood secara tak langsung buat sambal ko cair. Air keluar daripada seafood. Jadi jangan risau la kalau sambal tumis ko cair. Standard.
2. Udang jangan tumis lama sangat. Lagipun dia cepat masak. Kerang pon sama.
3. Sotong paling byk keluarkan air. Jadi, utk mengelakkan berair2 (kalau rajin) ko masukkan sotong dalam kuali, pahtu letak atas dapur. Untuk mengeluarkan air sotong tu. Selepas itu baru masukkan sotong dalam sambal.

Ayam:
1. Ayam lagi sedap buat Masak merah (guna tomato puree). Tapi kalau nak letak ayam pon boleh jugak. Goreng ayam macam biasa. Ko pon tau.

Ok bebeh. Selamat mencuba. :P

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers