Sekarang, setelah tidak alah sangat dengan bau tumisan, bawang dan lain-lain. Aku akan cuba memasak bila larat. Sebab kasihan melihat anak dan suami serta adik yang kena makan lauk tapau aje. Sedih tau.
Jadi, apa-apa yang dimasak, kena ada carrot didalam atau carrot sebagai side dish.
Kadang-kadang, saya just sagat carrot dan masukkan dalam sayur, nasi goreng, , mee goreng, mihun goreng or kuah pasta.
Atau potong besar-besar sket dan tumis air atau buat sup dengan mushroom. Iqbal gembira melihat ketulan oren atau kelibat oren atas pinggan.
"Mama, Bal nak yet.." Such a kiss ass. Tak lupa untuk memuji "Dap Mama.." dan tunjuk ibu jari dia. Macam mana la tak rasa bersalah kerana tidak memasak untuk keluarga.
Masa dulu dia angkat jari telunjuk untuk thumb up. Setelah dilatih, akhirnya dia berjaya angkat ibu jarinya.
Tapi kadang-kadang dia terpedaya dengan kelibat oren tomato dalam masakan. Bukan kita tak warning yang itu bukan carrot. Itu tomato. Tapi dia nak juga. Yang tak tahan bila dia luah semula. Messy. Alahai la anak.
1 comment:
bukan iqbal je... auntie pon tergoda tgk gamba masakan bercarrot mama iqbal tu.. ehhehehe
Post a Comment