Teething molar. Remedi di rumah.

  • 3
Aku akan cuba remedi dari rumah untuk Iqbal. Nampak macam senang aje.



Source: http://health.howstuffworks.com/wellness/natural-medicine/home-remedies/home-remedies-for-teething1.htm

Aku dah pilih mana yang berkenan dan mudah diberikan pada Iqbal.

1. Pisang yang dibekukan. Bekukan pisang dah bagi Iqbal gonyeh.

2. Ais didalam towel. Balut dan ikat ais dalam towel dapur. Dan biarkan Iqbal hisap dan gigit ais tu.

3. Bekukan botol susu baby. Isikan air dalam botol susu baby. Bekukan dalam freezer dalam keadaan terbalik supaya air beku dibahagian puting susu. Bagi baby gonyeh puting sejuk tu. (I dont think will work on Iqbal. He refuse to take bottle when I am around)

4. Teething biscuit. (Kemungkinan untuk di reject ada juga. He already passed teething biscuit phase)

5. Tuala atau napkin yang disejukkan didalam peti sejuk. Untuk digonyeh juga.

6. Sudu. Sejukkan sudu dalam peti sejuk biasa selama beberapa jam. Kemudian bagi pada Iqbal. (Tip daripada American Dental Association)

7. Bagi buah-buahan. Sehiris apple untuk Iqbal atau tembikai susu. Iqbal suka tembikai susu. (untuk baby, balut apple dengan kain tuala dapur. Dan bagi baby gonyeh)

8. Lobak merah yang full size. Bukan baby carrot. Buang kulit, basuh bersih dan bagi Iqbal gonyeh.

9. Urut gusi Iqbal. (Ye, ni aku buat dan Iqbal macam suka dan biarkan aje jari aku urut gusi dia)

10. Distract Iqbal. (Ye lah tu.. mungkin pada budak-budak lain berkesan. Not Iqbal)

11. Oral Aid. (Dah bagi dan Iqbal hate the taste)

Ok. Berapa banyak kali aku tulis perkataan gonyeh. Wujudkah dalam kamus? Malas nak rujuk. Terima sahajalah.

3 comments:

Shuk said...

gonyeh tu aku pun paham.kekeke... klu ngunyel camner? yg tu aku selalu pakai..kekeke

Amyz! said...

aku suka cari home remedies ni since berjaya bila aku amalkan satu waktu aku kena heartburn masa pregnant hari tu.

gonyeh tu perkataan yg comel. hahaha. *relevan ke?*

hrp2 iqbal tak cranky sgt sebab gusi dia gatal2. kesian dia..

Arni said...

Try la guna fruit juice's popsicle.

Blend his fav. fruit pastu masukkan dlm bekas popsicle (lbh kurang cam aiskrim malaysia la).

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers