My Own Iqbal

  • 8



Aku nak biarkan Iqbal with his own pace. Ceiqbal ni sudah pandai cakap nak, tak nak, geleng kepala dan apa yang dia nak buat. Kalau tak nak, sebut lah MAMA or ABAH jota-jota kali pun, gua cuma dapat pelempang aje daripada dia.

Tunduk kepala, insaf sebab anak saya ikut kepala batu diri sendiri. Yang jelas bila dia sebut mama, adalah bila dalam buaian dan menangis-nangis nak keluar tapi tak ada sapa layan. Ceh! pandai pula masa tu sebut Ammmaaaaa.. Ammmaaaaa.. :P Buat Mama dia kesian dan bawak dia keluar daripada his misery.

Tipu lah kalau kata tak jeles dengan anak orang lain yang petah berkata-kata, but ini anak saya. Lambat merangkak, lambat jalan, lambat cakap tapi dia anak saya. :) Iqbal faham command very well. Kecuali, jangan main air. :P

Aku rasa Iqbal lagi awal sebut cat and dog daripada Mama dan Abah. Aduhai lah Ceiqbal.

Saya tak expect dia terer kalkulus menjelang umurnya 5 tahun. I love Iqbal the way he is. Yang suka tengok ayam, ikan dan burung. Tapi geli. Ya, yang itu adalah perangai aku. Totally. :P


p/s: 18 months today :)

8 comments:

zonaku said...

setiap manusia unik, berbeza antara satu sama lain............

fieza said...

Iqbal! Happy Birthday!

Tak perlu laju2 dapat buat semuanya.. Nntn lupa nak rasa ke-baby-an nya... :)

Amyz! said...

yg biasa-biasa sajalah. anak kita, kebanggaan kita. yg biasa-biasa.

Angah said...

lain budak lain perkambangannya. anak dara aku pun cakap lambat. tapi takpe..itu normal.

Dairi Hati said...

terlalu awal la untuk buat expectation.. tunggu dia umur 3 tahun. asma' pun tak leh sebut apa pun lagi, hmmm hmmm je.. abis2 sgt, ma ma ma ma ma. mungkin harapan kita terlalu tinggi untuk anak sulung!

Mariea said...

tak per..kasi can mama rilex dulu...nanti dah dpt kaki, tak terkejarlah ko puan daun..kena tinggallah mama dia...huhuhuh...

knv said...

selamat hari raya sis. minta maaf atas segala keterlanjuran semasa berblogging. :D

FathulFirdaus said...

Zaid dulu bercakap bila dah 3 tahun lebih tau. mcm2 org kata sebelum tu.sbb dia senyap je...

budak2 membesar dgn cara yang tersendiri..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers