Hi 2016

  • 5
2016 ni adalah tahun yang mencabar bagi aku. 

Mula-mula sekali ialah perpindahan ke Pulau Mutiara. Kenapa jauh sangat orang tanya. Apa yang boleh aku katakan sekarang adalah rezeki. Mana pernah aku terfikir aku kan keluar dari negeri Selangor/KL. Jauh daripada kawan-kawan dan keluarga. Baru aje nak biasakan diri jadi warga Shah Alam.

Tapi bila kita berada dalam keadaan yang terdesak dan panggilan peluang tiba-tiba datang. Buat apa kita nak sombong pada rezeki yang Allah bagi. Betul tak?

Jadi, bila suami dapat kerja di Pulau Pinang. I told him " Just grab it"

Setelah 4 bulan di Pulau Pinang.  Aku masih tak boleh jawab bila orang tanya "Best kan duduk Pulau Pinang?"

Yang boleh aku katakan buat masa ni adalah, tanya semula dalam masa setahun.

Gunting rambut pertama di Pulau Pinang.

Abang-abang

  • 1
Nazim tolong bentang tilam. Sambil adjust tilam. Dia cakap "Macam ni ke nak jadi abang?"

Mama jawab "Macam tu lah nak jadi abang. Nanti adik nak tidur, abang tolong bentangkan tilam" 😍😍

 Usai bentang tilam dan susun bantal. Nazim keluar dan bgtau Iqbal "Kalau nak tidur, tidur dalam bilik mama. Ajim dah bentang tilam" 😍😍😍

Abang-abang sangat.

Checkup 16 Weeks

  • 1
Baru lepas checkup, scan dan review result t3/t4. 
Akan ulang t3/t4 blood test sekali lagi in 6 weeks. Kalau waktu tu TSH mengada-ngada. Baru dia decide nak hantar jumpa combine clinic ke dak. 
Walaupun berat emak turun. Baby membesar dengan jaya ikut carta umur. Alhamdulillah.
Mood apa tah harini. Dok muntah-muntah pula dalam kereta. But all is well.

Iqbal - Jubah

  • 0
Harini nak pakai jubah pergi KAFA. 
Tak apa, iqbal ada nenek Arab kat Singapore.


Sekarang hari Jumaat nak pakai jubah.

Dush Dush

  • 0
Iqbal ingat dia boleh balik muka lebam dan mak dia tak perasan. 
Dan ayah dia ingat anak lelaki dia nak cerita kisah muka lebam kat mak dia. Tak. Mak dia yg interrogate. 
Pastu dorang ingat akan lepas tanpa mak ni membebel-bebel pasal etika nak bertumbuk kat sekolah. Nasib iqbal igt utk jangan mula dulu.
Dan apa faedah kalau berlumba siapa masuk kelas nombor 1 ?!!!!! Who care???? A 7 yrs old boy does. Ampeh.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers