Ultimate Survivor Guide for mommies.

  • 2
Im not a baby person. Aku suka baby, dan kanak-kanak. Tapi aku tak pernah volunteer untuk menjaga baby. Aku boleh pegang dan main sikit-sikit for a while. But not 24-7 with a baby.

Selepas aku melahirkan Iqbal, aku mengalami satu fasa yang sangat ampeh. Aku asyik menangis bila memikirkan macam mana aku nak menjaga Iqbal ni seorang diri. Depress seyyh. Aku tak pernah jaga anak buah aku sendiri dan bukannya penjaga diri sendiri yang bagus. Baby perlukan perhatian penuh dan jadual waktu makan dan komitmen penuh.

Tapi aku rasa syukur, selain daripada nasihat dan pertolongan daripada Mama, Kak Nita, dan kengkawan yang lebih berpengalaman.Aku ada beli buku yang aku rasa 'a must' for a first time mother. My ultimate survival guide book in handing baby in their first year.

Aku beli buku ni semasa aku sarat mengandung Iqbal. Aku redah juga MPH garage sale di PJ. Bila aku nampak buku ni dalam timbunan buku-buku lain. Aku cepat-cepat ambil. Murah ok!!! aku bayar tak RM26 sahaja. Buku ni dalam RM44 tak silap aku.

Nuar kata, kenapa beli buku pasal first year baby sedangkan baby tak lahir lagi? Aku biarkan aje. Aku yang akan menjaga baby. Jadi aku perlu equipt-kan diri aku dengan pengetahuan tentang baby. Sebab sebelum ni sangat ignorance kan? Baru padan muka gua.

So for the first time mommies out there. Just grab this book. It will help you in many ways. Contohnya, masa Iqbal dalam pantang, dia macam kena selesema sket. Susah nak tido dengan hidung hingus dan walaupun dah sedut, malam-malam dia asyik terjaga. Buku tu cadangkan baby kalau selesema, dia akan rasa lebih selesa bila diletakkan atas bantal yang tinggi sedikit. Aku buat gitu dan Alhamdulillah Iqbal dapat la tidur lama sket walau dalam keadaan selesema.

Banyak lagi tips untuk baby, dan perkembangan baby yang kita boleh rujuk dengan buku ini. Seperti aku kata tadi, 'What to Expect: The First Year' is 'a must have'. Iqbal pun setuju. ;)

2 comments:

supersomething said...

I second that. Siri "what to expect" ni banyak membantu. Prevents us from worrying unnecessarily.

Izzat

Kartini said...

babe aku rasa aku byk gille buku baby2 ni. tapi idok la baca. aku rasa sebab pantang di kampung and dok balik sijangkang jek...aku belajo dari mak aku sokmo hehe... but dont worry aku pun sama...takle kata aku tak suke baby or kids tapi mmg tak pandai sgt la kalau nak cak ba cak ba ngan bebudak ni. anak sendiri okla. hehe

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers