to be 1

  • 3
Sangat pemalas nak update blog. Masa Iqbal tidur dah diisi dengan permainan Tap Tap Revenge. Hahahaha.

Boring bila masuk kerja tapi mood masih mahu teruskan cuti. Ni selepas empat hari berhoya-hoya bersama adik beradik. Bukan pergi mana-mana pun. Kat rumah aje. Menggembirakan hati mak ayah.

Iqbal pula punyalah gebira dengan limpahan perhatian dan kasih sayang daripada semua makcik pakcik. Sampai nenen pun tak leh nak konsentret. Asyik distracted aje. Geram gua.

Iqbal dah pandai geram dan protest. Ya ampun. Garangnya anak gua. Nurseri bagitau yang dia pun geram-geram kat budak-budak lain. Malang sungguh si Nazrin. Aku rasa Iqbal takkan geram suka-suka hati aje kan. Kalau si Nazrin dok kacau mainan dia, sure la jadi mangsa geram. But gua pesan juga pada Iqbal, jangan geram-geram dengan kawan-kawan lain. Apa yang 1 year old baby tau. Aduhai la. Aku tak nak jadi Mak Budak yang menggigit rakan sebaya. Adeihh. Mintak jauhlah. Harap Iqbal dapat behave dinurseri.

Lagi 2 minggu Iqbal akan turn 1. Aku cadang nak buat cupcakes and hantar kat nurseri. Dan maybe sambut dengan famili aje. Lagipun kalau tiada aral (visa nuar lepas), Nuar takder pun masa birthday Iqbal. Kesian anak gua.

3 comments:

kingbinjai said...

aku nak tergelak baca entry ni pasal, nama kau iqbal juja

Nida Shaari said...

nanti auntie Nida dan uncle Jefry lawat Iqbal yg dah setahun...

Amyz! said...

Uh.. cepatnya waktu berlalu. Iqbal dah setahun. Teringat lagi masa aku jumpa dia baru berumur 2 minggu. :-)

Auntie amyz doa Iqbal jadi anak yg soleh.. :-)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers