Aku telefon Nenek Iqbal untuk bercerita perkembangan Iqbal. Iqbal sekarang sudah lasak. Kalau tidur atas katil, dia akan berpusing lawan arah jam. Bermula dengan tegak pukul 12.30, bila aku tengok semula, dia sudah jadi pukul 9.15. Dari vertikal ke horizontal.
Semalam, aku dan Nuar dapat menyaksikan Iqbal meniarapkan dirinya sendiri. Ahaks. Mungkin dia dah bertiarap di nurseri. Cuma aku dan Nuar tak pernah lagi tengok dia meniarapkan diri. Nurse kata dia sepatutnya sudah boleh meniarap.
Cubaan-cubaan ada lah nampak. Tapi, ini kali pertama dia buat sendiri. Kalau kitorang dok tolong tolak, lepas meniarap dia nangis. Ahahaha. Rupa-rupanya bila dia nak meniarap, dia akan meniarap sendiri. Dan tak menangis. Bersorak-sorai aku dan Nuar bila Iqbal capai salah satu mnilestone dia.
Mama tanya "Ko rasa seronok dan gembira kan bila tengok Iqbal boleh meniarap semua kan?"
Aku mengiakan soalan Mama tu.
Mama menyambung "Macam tulah Mama happy tengok anak-anaknya berjaya.... "
"Yelahhhh.." jawab aku.
Nenek Iqbal masih suka mengenakan Mak Iqbal. Tak kisahlah. Yang penting Iqbal sihat.
|
3 comments:
huhuhu..
besela 2...
kak jaz la katekn..
kekeke~
hati..hati..Husna dulu selepas kerap menggolekkan badannya..dari meniarap kemudian telentang dan berpusing 360 darjah.. sampai 2 kali dah jatuh katil
harap next time aku jumpa Wafiq dia sudah mau kawan dengan aku ya.
Kalau tak macam mana nak buat menantu.
hik hik hik
Post a Comment