Malam tadi, mungkin sudah penat berhoya-hoya dengan anak-anak Farah. Iqbal ambil keputusan untuk menangis dan menangis. Cek perut, tak kembung. Siap sapu Yuyee lagi. Pampers dah tukar. Apa lagi aduhai dak comel.
Abah Iqbal penat pujuk-pujuk. Dukung jalan-jalan kat ruang tamu. Sedang aku basuh botol Iqbal yang ada la dalam 20 biji. Selepas tu konon-konon nak sterilized. Itu lah. Hari Sabtu bermalas-malasan. Baru padan.
Aku take over lepas tak larat dengar dia nangis. Yang tak tahan tu, nenen pon dia nangis-nangis gaks. Bila secret weapon kita pon dia dah tak nak. Ini lah masanya untuk panik.
Baru pukul 9 lebih. Nak tak nak aku bawak Iqbal masuk tidur kat atas. Pesan kat Nuar, tolong basuhkan tutup botol dan tolong sterilize-kan botol-botol tu. Esok pagi-pagi aku ada sessi pam-pam.
Rupa-rupanya, dia nak tidur dah. Dan nak aku baring sama. Aku kan human pacifier dia.
Aku terjaga dari lelap bila Nuar kata "Gas habis dan sekarang dah pukul 10.30. Kedai dah tutup"
Boring gila, masa-masa macam ni lah gas nak habis plak. Kenapa gas habis disaat kita paling perlukan dia?
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
5 comments:
boleh tambah dlm lirik lagu alanis morissette..
... gas habis
bila nak sterile botol susu
...
:)
hehhe.. ala kesian Iqbal.... Irfan, Naik kereta, minum, terus tidur sampai pagi...hehhe
spyz: terpaksa lah rendam dengan air panas dari kettle.. rendam la untuk yang nak pakai esok aje.. adeih..
farah: aku sangat nantikan saat iqbal tido sampai pagi uninterrupted. sure heaven.. ahaha
haha.
sadis. sadis. ada 20 botol pun, kalo satu tak di steril. apalah guna ada 20 botol.
adeh~
bila teringat balik, pernah gas aku abih masa nasik dan ayam goreng baru separuh masak dan waktu berbuka puasa tinggal lagi 15-20 minit. kuih pula satu pun takde. ada sayur je. kami buka posa dengan air dan sayur goreng.
Post a Comment