Betapa panjangnya namaku..

  • 15
Kawan aku baru je selamat mendapat seorang baby girl. Diberi nama Put_eri Airi_esya So*fieya Idri*eyana.

Cuba tengok ejaannya dan betapa panjangnya nama dia. Empat nama jadi satu. Untuk bagi nama Iqbal Wafiq yang dua aje tu pon punyala lama. Apatah lagi 4 nama. Macam nama untuk dua orang.

Aku takder sebarang prejudis terhadap orang yang bernama panjang atau mak bapak yang memberi anak nama yang panjang. Cuma ada la beberapa perkata yang aku rasa kesian pada pembawa nama yang panjang. Tu sebab aku tak memberi nama yang banyak untuk anak aku.

Perkara-perkara yang aku tak mahu terjadi bila nama anak aku panjang-panjang adalah:

1. Bila nak menulis nama penuh. Kalau borang, tak cukup kotak pula. Dan berapa lama untuk dia ambil untuk menulis nama sendiri? Dan details-details bodoh lain.

2. Panjang mana pun, tetap akan panggil salah satu daripada nama yang akan dipendekkan kepada 2 atau 3 sukukata, dan sadis sekali satu sukukata aje. cth: Sofieya atau fifi atau pi aje.

3. Semua yang berkaitan dengan borang, kertas jawapan exam dan pengisian nama di buku sekolah secara manual. Mungkin mak bapak kena sedia cop untuk nama anak-anak.

4. Kalau belajar di luar negara, jenuh la mat saleh nak sebut masa naik pentas. Aku rasa dorang kena siap-siap practice dulu 2 3 hari sebelum dan silap-silap, masa hari kejadian, mengalami kegeliatan lidah.

5. Kalau belajar oversea lagi, dia panggil nama mak bapak aje. Nama panjang-panjang tu jadi initial. P.A.S.I Abdullah. ataupun Miss Abdullah.

Itu aje lah yang aku dapat fikir sekarang. Tapi on behalf of mak ayah, anak aku, sukati dorang la nak bagi nama apa dan ejaan macam mana. Penat bini aku beranak occay!! Jangan ada yang terasa pulak. ;)

Peace!

15 comments:

Ili Khalil said...

yup. saya setuju juga.

nnti kalau saya ada anak nak bagi nama hang tuah. kalau pompuan, seroja. senang ingat. senang tulis.


hehehehehe berangan.

Nida Shaari said...

ya sebab tu gua sudah cop nama yang pendek dan cuma ada 2 suku kata itu saja.

Jangan ada sapa curik ya. Hik hik hik

Weh nama panjang2 tu jenuh gilak nak itamkan borang OMR

fareesha79 said...

syura... lagi satu ko tertinggal. Kalau anak perempuan nama pjg, susah bakal lelaki nak sebut masa akad nikah.

Aku dulu ingat nak bg nama anak Nur Qaisarah Dahiah. Bapak aku pun dah bising kata panjang.

Lepas tu nk eja Qaysarah. Suami kata susah nak sebut. So, Nur Qaisarah...simple dan senang

fusarium solani said...

Betul tu , kalau nama panjang-panjang dipanggil tetap singkatan. Kalau singkatan ada makna yang baik tak apalah juga, kalau entah apa-apa kan rugi! Nama baik dipanggil selalu untuk anak macam doa juga.

tasekM said...

lagi satu time nak tulis nama atas kertas exam. tambah2 budak darjah satu. sangat penat ok. MC sesuka hati memendekkan namanya sendiri. aku insaf. kalau ada ank lagi. paling panjang 2 perkataan. cukup!


.

Gerb said...

Aku mmg tak gemar nama panjang2 ni. Its too merepek. Harap suami aku kelak pikir mcm aku jugak. Yang penting ada makna yang elok. Macam aku "Cahaya Bijaksana" hihi..Bijak..bijak

ayobkelubi said...

contoh nama panjang

puteri wan siti nursharmilla kesuma nabiha yang dipanggilnya ialah adik.

haiyoooohhh

spyz said...
This comment has been removed by the author.
spyz said...

awak.. nama awak siapa??

Put_eri Airi_esya So*fieya Idri*eyana

saya minta maaf.. hubungan kita sampai sini saja..

kenapa?

takut saya gayat masa nak menikah..

:-)

Amyz! said...

hahaha. keji je spyz!

tapi betul tu. kesian kat anak nak lorek borang bodoh omr masa amik peksa nanti.

15 menet je nak lorek nama. nak jwb soklan pekse lagik~

duh!

Anonymous said...

Anak selepas Put_eri Airi_esya So*fieya Idri*eyana itu cadangkan supaya diberi nama "Selamat Pagi Cikgu"

kaezrin said...

nama saya ezlin

best tak?

Sindiket Soljah said...

Aku letak nama panjang, sebab sekarang ni pun kalau aku cakap nama anak aku Dian, diorang tanya, "Dian aje? Apa nama penuh dia."

Hehehe!

Aku kalau marah je, sebut nama penuh dia panjang-panjang. Kalau tak, cam biasa la, Dian.

Rgds,
Jigo

aliss said...

agak agaknya darjah berapa dia pandai mengeja nama penuh dengan binti nya sekali ya???

Bungo Lale said...

salam...

adik saya namanya mohd khair*ll as*adi fa*li...

sangat bermasalah... bila di sijil pmrnya namanya jadi mohd khair*ll bin as*adi fa*li dan sijil spmnya nama mohd khair*ll as*adi bin fa*li. nama dalam ic pertamanya - hanya namanya sahaja... tanpa bin... terpaksa buat ic kali ke dua.

moral... nama anak, tak payah taruk panjang2. susah... nak isi borang pun tak muat kotak...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers