Hari ke-empat bekerja. Alhamdulillah. Sikap aku terhadap EBM pun dah lebih positif. Jadi aku dapat catch up dengan Iqbal punya intake. Iqbal akan minum atleast 20 - 24 oz masa di nursery.
Aku dah dapat adjust time. Untuk semuanya berjalan dengan lancar, aku akan bangun pukul 5-5.30 pagi. Aku akan pump susu seround. Sort out susu iqbal yang nak dibawa ke nurseri. Solat subuh dan mandi. Aku akan pastikan dalam pukul 6.30 aku dah settle semuanya. Kejut nuar Subuh. Dan siap-siap pergi kerja.
Iqbal anak yang baik. Tak kisah lah, malam-malam dia tak tidur. Sebab masa tu aku ngan nuar yang jaga dia. Tapi sikap Iqbal diwaktu pagi boleh aku puji. Aku puji supaya Iqbal akan rasa lebih dihargai. Pagi-pagi lepas aku mandi and siap, dia merengek sket sebab dah bangun. Lepas aku susukan lebih kurang (aku mak yang keji). Iqbal akan ceria. Senyum-senyum. Kalau letak dalam carseat pun, dia cool dan macam lalok-lalok aje. Bila bawak kuar pass kat penjaga dia, pun tak menangis. Siap senyum-senyum lagi. Jadi dengan itu aku syukur sangat-sangat.
Tentang susu, selagi aku makan nasi dan rajin minum. Alhamdulillah, kalau aku pump sekarang ni, dapat la 4 oz satu session. Dan aku kerap pump. Sebelum ambil Iqbal, kena ada 3 sesi pumping. Dan bila Iqbal ada, aku akan pump sambil nursing Iqbal. Dapat 1oz pun dah kira syukur.
Support daripada kawan-kawan mmg menggalakkan. Aku rasa lega dan lebih positif untuk bagi Iqbal susu ibu. Yeah!
p/s: Dan satu lagi note positif, Menara HP ada sediakan dua nursing room dan ada fridge gaks khas utk nursing mother. Sangat cool kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
2 comments:
caya lah..... ko boleh tingkat lagi susu tue... make sure atas meja ada susu dan... makan byk lobak putih
aku suke office yg ader nursing room utk mother..EM pun ader..TM ampehss...
Post a Comment