En.Awak masuk-masukkan barang dalam kereta. Bersiap-siap nak balik ke KL semula.
Ummi dan aku sebagai kaum hawa bak kata Siti, tengah lepak-lepak sambil tengok Bobby.
Ummi duduk diatas lantai bersandarkan sofa bertentangan dengan aku. Aku duduk diatas sofa(set-set menantu kurang ajar) kerana se'eh kekenyangan Patin Tempoyak yang Ummi masak. Mana larat duduk atas lantai.
Tengah syok layan peletum peletum si Bobby dan Rishi Kapoor.
"Jari kaki awok panjang. Macam jari tangan!"
" Dah memang mcm gitu Ummi... " Aku jawab sambil gelak-gelak dan sambung tengok Bobby bercengkerama dengan skrit pendeknya.
Wooh.. rupanya Ummi dok perati kaki aku dalam diam-diam. Lenkali kena lebih bersopan lagi. Mungkin kalau aku duduk bersimpuh, Ummi takkan perasan betis gua yang dah macam tongkol ubi.
|
10 comments:
jari kaki panjang mcm jari tangan?.. wehh.... betui ke ni ?.. nak kena pantau nih... takut2 bulan depan tumbuh bulu panjang2 ke... tangan panjang hingga ke lutut ke.... bahaya ni weh...
keh keh keh...
Haha. Pakai stokin selamat beb. Haha.
Jari kaki panjang?
Komen bermakna tu.. Huhuhu. ;-p
hahahahahahaha makan pun bersopanlah nanti hahahahahaha
Tum! Penetum! Tum!!! Penetum!!
Nampaknya Ummi itu pandai menegur.
tongkol ubi? muhahahahaahahahhaha
seng macem2 lah koe...
Sebenarnya kau tak faham atau mungkin buat-buat tak faham.
Maksud Ummi, mengikut kaedah semantik.
'Kau dah lekat belum?'
Sebab perlambangan jari kaki mengikut teks Ramayana adalah merujuk kepada bayi.
ha ha ha
setelah gua check,gua dapati..
kaki kanan gua dan kaki kuru gua sama panjang..
ajaib kan??
ish..bila dh kawen nnt, betis jadi macam tongkol ubi ke? uhu...
tasik: itu mcm jadi hantu pulak.. ahahaha
amyz: takkan dalam rumah nak pakai stokin.. (lagipun bukannya suka sangat pakai stokin.. ahaha )
phu ying: mungkin juga tiada makna apa-apa.. ke aku yang blur?
ika: makan sudah ada ala-ala tak sedar diri dah.. ok.. aku akan bersopan semula..
amien: ehehehe.. Ummie tu comel tau.. selalu buat aku ketawa
rudy: seng iki pengen getuk ubi.. ahahaha
po: aku akan ignore komen ko.. ahahaha.. saje je provokasi aku..
saudagar: sangat ajaib kebanyakan orang tak sama panjang.. ahahah
buruuj: aku sahaja.. bkn utk semua orang.. aku mkn tak hengat punyaa.. :P
Post a Comment