Tagged tepi kain orangTagged by Nida. Gadis sepi kesayangan aku ini. Maaf ya sayang, saya tak dapat selalu bersama seperti dulu. Saya dalam proses untuk mencari teman sebilik kekal. Ok, here it goes.
Dompet adalah kehidupan peribadi pemegangnya. Sama macam menggeledah tong sampah untuk mencari bukti bf anda bermain kayu tiga. Seluruh kehidupan aku berputar di dompet ini.
Resit & jumlah wang aku tidak akan nyatakan. Aku tak mahu orang yang membaca rasa cemburu dan rendah diri dengan kehidupan aku yang dramatik. Untuk jadi dramatik, pastikan ada penonton setia. :P

1. Kad pengenalan yang masih panas dari oven. AKu siap beli cover daripada pakcik dipasar malam. Sebab masa nak buat passport, gadis kaunter tu dapati cip IC aku rosak. Kena turun bawah buat IC baru. Ampeh!
2. Driving license. Yang bergambar dan tidak.
3. Kad bonuslink ( Mamat Bangla Shell tu kata rosak jugak.. deng!)
4. Privilege Card Shushi King
5. Jusco Card
6. Maybank Card baru tukar baru. Sumber segala kemewahan yang aku ada. Har har har. Haritu chip rosak jugak. Ni apa pasal byk sangat chip rosak ni? Aku ni ada kuasa radioactiv ke?
7. HSBC Visa Goldcard - Ni takat untuk kumpul point aje.
8. Supplimentary HSBC Mastercard Silver - percaya laaaaaaaaaaaaa... ahahaha
9. Real Rewards card. Ni aku sendiri pun tak tau aku ada kad ni.
10. Metrojaya Privilege Card. Dapat extra discount bila ada sale!!
11. RHB Card - Sumber segala ketidakmewahan aku dulu. Ada rm 20 je kot dalam ni.
12. Craft Haven membership card. Percubaan aku untuk jadi crafty dan seni.
13. Medical card aku
14. Resit beli cincin nikah. En. Awak beli, aku simpan.
15. Resit-resit Maybank yang menunjukkan baki yang sangat mengujakan
16. Resit beli barang di Home & Harmony - Cadar pengantin. Woooo!!
17. Resit beli hadiah birthday yang sudah lepas untuk Amyz
18. Resit beli barang kat Craft Haven
19. Resit parking midvalley
18. Resit tol ke KLIA yang aku lupa nak claim.
19. Resit beli goodies untuk kenduri
20. Resit bayar deposit Pelamin dan Mekap Mak Andam
21. Setem RM10 sekeping dan RM 1 sekeping dan Stiker Mel Udara yang tak jadi digunakan. Leh ke aku tukar setem tu kepada setem 20 sen?
22. Kad warranty jam SOlvil Titus
23. Kalendar 2008 daripada seorang buta yang di escort di kedai sup depan rumah aku.
24. Kad ahli Alfio Raldo.
25. Duit. Aku pengeluar cash keras. I love the smell.
26. Gambar aku, sungguh self obsessed. Gambar passport, versi lama, baru (yang cantik) dan gambar utk lesen memandu. Owh! aku tidak simpan gambar En. Awak. Hati aku ada ruang khas untuk itu.
Sekarang mesti orang sedang analisis seluruh kehidupan aku. Aku akan biarkan korang dengan imaginasi liar itu. Ahahaha.
Handbag?
Korang takkan nak tau apa yang ada dalam handbag aku.
Aku tag:
1.
Ika2.
mardee3.
Elin4.
ress-apriel.blogspot.com5.
taf teh & jimi