Pulang ke kampung kali ini adalah yang paling efisyen sekali. Lepas kerja aku terus balik. Jadi aku tidak bermalas-malasan di rumah dan mungkin akan jadi lebih malas dan tidur dahulu di pantai dalam. Pastinya tidak bangun pagi untuk pulang kekampung. Tghari Sabtu baru sampai. Oh tidak. Ianya tidak berlaku.
Pukul 5.30 ptg aku sudah sampai dengan membawa goreng pisang dari Batu 1. I'm HOMEEEEEEEEEEE!!!! (Aku meng-dehudsonis Assalamu'laikum!!!!) Aku menjerit sambil hon-hon kereta. Macam lah mak ayah aku ada sorang aje anak. Aku akui setiap anak mama and ayah adalah penting. Tapi aku paling penting saat itu. Yach! Lagipun, aku adalah bakal pengantin. Walaupun tidak penting dimata orang lain. Sekurang-kurangnya pada diri aku dan En Awak kamilah yang terpenting. :P
Owh, kembali kepada topik betapa efisyennya aku dan mak aku. Malam itu aku sudah settle-kan perihal tempahan baju ( yang berkerlipan) dan perihal pelamin (yang tidak musnah). Waaa.. kemudian aku terfikir, aku tak pergi ke dua tiga butik untuk tempah baju. Aku pilih tukang jahit yang ajar mak aku menjahit. Acik Ella yang soft spoken dan janji takkan buat baju aku ketat dan fitting ala-ala body hugging. Dan aku pergi ke satu kedai andaman pelamin anak Acik Hawa, yang cuma ada 9 pelamin dan pilih yang terbaik daripada pilihan yang ada.
Aku tau betapa songehnya aku, tapi kenapa aku tak memilih sampai ke kedai yang ke-15 untuk cari pelamin dan ke Amin Jauhari atau Kimi Kajang untuk tempah baju kenduri? Kerana aku nak ketenangan diri. Sudah 3 minggu aku tak dapat tidur dengan aman. Selain daripada kehangatan malam yang buat aku menggelisah 3 kali setiap waktu tidur, otak aku yang setiap asyik berfikir tentang persiapan-persiapan yang tak siap-siap.
Ya, aku tau Fadhilah Khamsah ada menyatakan, semasa hendak tidur, jangan berfikir. Jangan membuat perkara-perkara yang mengaktifkan otak. Tapi bila aku mahu tidur. Masa itulah TO DO LIST aku buat powerpoint presentation. Masa itulah teringat baju yang cantik di Majalah Pengantin mukasa 45. Bila aku paksa diri untuk mengosongkan otak. Aku berfikir untuk macam mana untuk tidak berfikir. Mcm mana nak jalan??
Tapi, semua itu sudah berakhir. Buat sementara, malam-malam aku sekarang ini amat best. Sehinggakan, bukan selain daripada waktu malam pun aku rasa best nak tidur. Semua ini akan berlanjutan sehingga aku terfikir yang ada bende lain lagi yang tak settle lagi.
Sesiapa yang kata membuat persiapan perkahwinan itu best. Saya memilih untuk membantah!!!
p/s: setelah selesai membuat entri ini. Saya terfikir yang guest list dan kad jemputan pun belum buat lagi. Deng!
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
9 comments:
Akhirnya!! Hahaha~ Kad jemputan nak design sendiri kan? ;-)
>>>Selain daripada kehangatan malam yang buat aku menggelisah 3 kali setiap waktu tidur
Wo! Malam kau dah hangat dah ke? Wo!
amyz: tu pon satu hal.. ahahahaha ampeh
naga: ni la susah kalau nak guna bahasa malaysia nih.. nanti di salah anggap.. ko tak rasa lately malam sangat kering ke?? ahahaha
ini juga boleh di salah ertikan.. ampeh!!!
cikdaun dah nak naik pelamin ye?tahniah..semoga bahagia ngan encik awak:)
ahaha.. aku tau kau balik kampung dan sangat efisyen..
sebab tu aku tak kacau dan ajak kau pergi ikea dengan aku..
hak hak hak..
persiapan perkahwinan memang tak best. lagi pulak kalau lagi seminggu nak nikah pengantin lelaki kamu tiada.
Bila konyer majlis nie??
tak kiralah sekaya mana kau,
se'cun' mana kau,
seglamour mana kau..
persiapan perkahwinan akan tetap memeningkan kepala.
dan
percayalah, kesusahan/sweet memory itulah yg satu hari nnti akan 'mengikat' kau dari berbuat yg bukan2..
p/s kalau tak bleh tidur mlm lagi,
sila ke bilik gerakan pi.kay.ar
tlg tampal poster gantung sepanduk
:-)
kak azie: nasib baik dah tempah pelamin.. dapat la naik pelamin.. kalau takder pelamin. Tak tercapai la hasrat nak naik pelamin.
nida: aku terlalu jauh untuk kau capai..
bayan: ferrr.. pengalaman peribadi kah?
normatsue: nanti gua jemput lu occay?
onanimous: "percayalah, kesusahan/sweet memory itulah yg satu hari nnti akan 'mengikat' kau dari berbuat yg bukan2.."
yang mengikat perhubungan suami isteri adalah agama, cinta, tanggungjawab, tolak ansur dan komunikasi dua hala.
Post a Comment